LIVERPOOL malam tadi berjaya menandatangani pemain pertahanan Uruguay, Sebastian Coates dengan kontrak jangka panjang daripada kelab asalnya, Nacional.
Pemain berusia 20 tahun yang membantu Uruguay menjulang trofi Copa America bulan lalu itu telah pun lulus ujian perubatan semalam.
Coates bakal bergabung dengan rakan senegaranya, Luis Suarez untuk memperkuatkan lagi skuad Liverpool musim ini.
“Liverpool mengesahkan pembelian Coates untuk kontrak jangka panjang. Coates bagaimanapun kini bersama skuad Uruguay untuk aksi persahabatan di Kiev,” kata kenyataan Liverpool.
Sementara itu, Suarez menerusi akaun Twitter peribadinya menulis: “Saya ingin mengalu-alukan kehadiran Coates, rakan sepasukan saya dalam skuad Uruguay. Dia seorang pemain hebat yang ditandatangani Liverpool.”
Sumber
No comments:
Post a Comment