LONDON: Fernando Torres (kiri) mungkin terlepas perlawanan pembukaan Chelsea di Stoke selepas mengalami gegaran kepala ketika tugasan antarabangsa.
Penyerang bernilai 50 juta pound (RM243.5 juta) yang dibeli dari Liverpool Januari lalu, menjalani imbasan tomografi berkomputer (CAT) selepas mengalami kecederaan ketika Sepanyol ditewaskan Itali, Rabu lalu.
Torres didapati mengalami gegaran kecil dan tidak mampu menjalani latihan kelmarin, apabila pengurus baru Blues, Andre Villas-Boas mengadakan sesi persiapan pertama menjelang kunjungan ke Stadium Britannia.
Ketika Villas-Boas masih belum memadam nama pemain Sepanyol itu, Torres akan dipantau sepanjang 24 jam ini.
Chelsea pasti enggan mengambil sebarang risiko, terutama apabila Didier Drogba jarang diturunkan di barisan hadapan.
Villas-Boas turut dilihat beraksi tanpa pertahanan Brazil, David Luiz, yang terlepas kebanyakan program pra musim kerana tugasan aksi Copa America dan tidak dapat menjalani latihan, kelmarin.
Penyerang, Daniel Sturridge juga terlepas aksi apabila memulakan penggantungan tiga perlawanan selepas diarahkan keluar padang pada perlawanan terakhir musim lalu ketika bermain secara pinjaman untuk Bolton.
Namun berita baik buat Blues ialah Branislav Ivanovic sudah kembali menjalani latihan walaupun Villas-Boas masih mempunyai Jose Bosingwa untuk membantu. – Agensi.
No comments:
Post a Comment