Friday, September 2, 2011

5 Kelebihan Ramadhan bagi Umat Muhammad


“Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda :
“Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka”.1. Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.2. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.3. Setiap hari Allah s.a.w. akan menghiaskan syurga-Nya dan berkata ” Telah hampir masanya hamba-hamba- Ku yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu.”4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain.
5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanyakan kepada Rasulullah ‘Adakah ia Lailatul-Qadr?’ Baginda menjawab ‘Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya.”

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...