Saturday, September 17, 2011

Alahai Copy Paste.. Bermaruahkah Anda?


Copy paste: Bermaruahkah?
Aku dah mula mendapat laporan sana sini ada orang copy paste entri kat blog ni. Dah agak dah benda macam ni akan berlaku sebab aku tak disable right click ni semua. Lagipun macam no point aku disable right click dan highlight sebab macam menyusahkan orang pun ada gak.
Kelakar la.. ni kes buat blog sebab nak buat duit la. Dari dulu lagi aku cakap, kalau nak buat blog, tak boleh fikir buat blog sebab nak buat duit. Nak buat duit pergi kerja, jangan malas. Buat blog kalau sampaikan nak copy penulisan orang memang takde guna langsung. Kalau copy mintak kebenaran kasi link back tu takde masalah, ni copy lepas tu buat entri tu macam dia tulis sendiri.. ish.. memang takde maruah macam tu.
Betullah orang cakap, kalau nak tau entri yang kita tulis tu bagus ke tak, tengok sama ada orang lain copy atau sekurang-kurangnya olah balik ke tak penulisan kita tu. Kalau ada tu memang bagus la agaknya.. Tapikan aku rasa kelakar sebab kalau orang tu copy Tip Berblogging aku, dia pandai sangat ke nak jawab kalau orang tanya itu ini? Ataupun blog dia tu memang tak banyak follower? Nak tulis tips berblogging ni kena tau apa yang ditulis, kena tulis berdasarkan pengalaman dan research. Bukan main redah tulis ikut suka hati je.
Tak nak membebel panjang-panjang. Kalau copy paste tanpa kebenaran atau sekurang-kurangnya link back ke sini dah kira mencuri. Dapat eraning Nuffnangdaripada hasil curian tu jadi apa? Hang fikirlah sendiri.
-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...