Saturday, September 3, 2011

Budak 6 tahun dengan muka tidak bersalah berjaya panjat gunung


Arya Cahya Mulyana Sugianto menjadi kebanggaan Indonesia apabila dia yang baru berusia enam tahun sudah menawan 10 puncak gunung.


PAMEKASAN - Seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Arya Cahya Mulyana Sugianto yang berasal dari Pamekasan, Madura, Jawa Timur berjaya mendaki 10 puncak gunung di Indonesia.
Jurucakap kumpulan pengiring pendakian Arya, Kusnindar berkata, pendakian 10 gunung itu dimulakan sejak Mei lalu dan berakhir pada Ogos, ketika Indonesia menyambut ulang tahun kemerdekaan baru-baru ini.

Pendakian terakhir Arya melibatkan Gunung Mahameru di Ranupane yang mempunyai ketinggian 3,676 meter, lapor Antara News. Pendakian yang dikenali sebagai 'Ekspedisi Cahaya Merdeka 2011' ini bermula dengan pendakian Gunung Ceremai di Cirebon, Jawa Barat yang memiliki ketinggian 2,900 meter.

Ekspedisi itu kemudian diteruskan di puncak Gunung Slamet di Purbalingga, Jawa Tengah (3,432 meter), Gunung Sindoro di Temanganggung (3,155 meter), Gunung Wonotirto (2,000 meter), Gunung Lawu (3,265 meter), Gunung Rinjani (3,726 meter), Gunung Agung (3,124 meter), Gunung Arjuno (3,339 meter) dan Gunung Semeru (3,676 meter).
Menurut Kusnindar, meskipun telah melakukan 10 pendakian, Arya masih bertenaga dan kelihatan lebih bersemangat. - AGENSI

Kredit : utusan.com.my

SCDSK Blog - Budak je kot? Sungguh tinggi stamina kanak-kanak ini..Bukan semua orang boleh melakukannya.. 

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...