PLANT CITY: Pihak berkuasa Florida berkata, seorang penjaga memaksa lelaki kurang upaya berdiri berkaki ayam di atas sarang semut api sebagai hukuman mencuri wang. Pejabat Sheriff Hillsborough berkata, mereka mendakwa Quentin Shunell Amos, 21, kerana melakukan penderaan ke atas seorang lelaki dewasa yang kurang upaya.
Kenyataan itu menyebut, Amos mengesyaki mangsa mencuri wang kakitangan rumah penjagaan itu dan memaksa mangsa meletakkan tangan dan kaki di beberapa sarang semut api. Mangsa dikesan mengalami beberapa gigitan semut api.
Amos kini dibebaskan dengan ikat jamin hampir RM6,200. Sumber pihak berkuasa Florida berkata, rumah kebajikan itu pernah disiasat lima kali sepanjang tahun ini. Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang tanda penganiayaan dikesan. - AP
kredit : hmetro.com.my
SCDSK Blog - Agak seksa juga la digigit semut api, kalau seekor tak apa, ni banyak..

No comments:
Post a Comment