Friday, September 16, 2011

Ketua Operasi Al-Qaeda Di Pakistan Terbunuh


Ketua Operasi Al-Qaeda Di Pakistan Terbunuh

WASHINGTON – Ketua Operasi Al-Qaeda di Pakistan, Abu Hafs al-Shahri telah berjaya dibunuh, kata pegawai kanan Amerika Syarikat semalam, mendedahkan kejayaan terbaru mereka dalam menentang kumpulan tersebut.
Kematian Abu Hafs di sebuah daerah di Pakistan itu berlaku selepas pembunuhan orang nombor dua Al-Qaeda, Atiyah Abd al-Rahman bulan lalu dan Osama Laden Mei lalu, dipercayai berjaya melemahkan lagi kumpulan militan tersebut.
“Kami mengesahkan ketua operasi Al-Qaeda di Pakistan, Abu Hafs al-Shahri telah dibunuh awal minggu ini di Waziristan, Pakistan,” kata pegawai yang tidak mahu dikenali itu. – AFP

-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...