Sunday, September 18, 2011

Negeri Sembilan gagal menafaat kelebihan tempat sendiri serta kelebihan sepakan penalti


Seremban 17 – Sept : Penalti yang gagal di sempurnakan oleh Shahurain Abu Samah seolah olah menghukum pasukan Negeri Sembilan apabila tewas 0 -2 di tangan PKNS di stadium STAR Paroi malam tadi. Shahurain yang menendang bola tersasar tinggi di atas palang gol. Seharusnya kapten pasukan Negeri Sembilan meberikan komand dan memilih pemain ya ng lebih yakin untuk membuat tendangan penalti ini.

Sebaik sahaja permainan bermula , Gol jaringan Mohd Fauzan Dzulkefli pada minit ke tiga menghampakan penyokong tuan rumah ianya bertambah parah apabila gol jaringan pemain no 25 Mohd Norhisham Hassan terus melemahkan dan menukar .rentak pemian Negeri Sembilan walaupun mereka cuba membuat serangan balas bertalu talu namun Negeri Sembilan akhirnya terpaksa menerima kekalahan pertama pada pertandingan piala Malaysia.


Negeri Sembilan akhirnya akur dengan kekalahan 2-0 di tangan PKNS setelah permainan tamat dalam masa tambahan, Penyokong Negeri Sembilan rata rata kecewa kerana mengharapkan Negeri Sembilan dapat mengumpulkan mata penuh di padang sendiri bagi memantapkan kedudukan sebagai pendahulu kumpulan, Ini pula adalah kemenangan kedua bagi PKNS.


-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...