Mulai tahun depan, penjawat awam yang memohon pinjaman melalui Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Perbendaharaan Malaysia perlu mengisi borang secara on-line (atas talian) menggunakan portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB).
Setiausaha BPP Datuk Shuib Md Yusop berkata melalui portal itu, mereka akan mendapat kelulusan secara bersyarat dengan serta merta apabila permohonan itu diisi dengan lengkap.
"SPPB ini mudah diisi. Ini merupakan salah satu inovasi yang dibina sendiri BPP tanpa menggunakan konsultan luar. Malah kita mampu menjimatkan lebih sejuta setahun wang kerajaan antaranya untuk kos mencetak borang penyata tahunan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran portal SPPB yang disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Datuk Nozirah Bahari di sini Rabu.
Shuib berkata setelah menerima kelulusan bersyarat itu, pemohon boleh membuat pembayaran wang proses melalui perbankan internet berbanding sebelum ini yang menggunakan bayaran melalui wang pos atau 'bank draft'.
Peminjam seterusnya diberikan tempoh dua minggu untuk menghantar dokumen sokongan yang berkaitan untuk tujuan pemprosesan, dan apabila kelulusan sepenuhnya diperoleh, pemohon akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Menurutnya sebanyak 400 peminjam telah mengemukakan permohonan melalui portal itu sejak ia mula digunakan 10 Ogos lepas dan pihaknya mensasarkan lebih ramai penjawat awam akan menggunakannya selepas ini.
Melalui portal itu yang boleh dilayari melalui https://sppb.treasury.gov.my, peminjam juga boleh menyemak status bayaran balik, bayaran kemajuan, penghantaran hak milik, baki pinjaman, status permohonan dan penyata tahunan.
Setakat ini portal ini hanya boleh menampung sebanyak 1,000 peminjam sehari dan pihaknya memberi jaminan bahawa sistem ini selamat untuk digunakan kerana hanya boleh diakses oleh pemohon sahaja, kata beliau.
Katanya, BPP yang ditubuhkan pada 1970 menerima permohonan sebanyak 3,200 sebulan daripada penjawat awam dengan pemberian pinjaman antara tujuh hingga lapan bilion setahun.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah
Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...

-
Kenali Reel atau Kekili Sejarah dunia merumuskan bahawa reel pertama dicipta sekitar tahun 1800 dan pada awal tahun1900 syarikat pembuat re...
-
Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda. Lebih membim...
-
tau tak ikan belukang/pedukang ? beza ikan belukang dgn duri adalah 'stripe' kat badan dia belukang ada stripe. ikan jenis ini ada...
@-@
ReplyDelete