SATU demi satu kes yang berkaitan dengan nafsu yang songsang atau nafsu yang melampau dilaporkan media saban hari.
Kes penemuan kondom dalam beg pelajar sekolah, kanak-kanak 2 tahun dirogol dan kes Ustazah yang didakwa subahat dengan suami baru untuk merogol anak kandungnya (anak Ustazah) yang bawah umur, buang anak, seks bebas dan macam-macam lagi.
Lantaran isu-isu seperti itu mengundang persoalan di dalam benak kita. Apakah yang sedang berlaku ini?
Apakah ini hasilnya apabila kita melangkah ke arah kemodenan?
Tahun 60-an dahulu kita tak dengar kes-kes seperti ini. Sekarang, kes seperti haruan makan anak sampai suratkhabar dah macam tak mahu siarkan pun. Terlalu banyak seolah-olah kita macam sudah boleh menerimanya.
Entah kebetulan atau sekadar persepsi, kebanyakan masalah ini kita dengar berlaku dalam masyarakat Islam di negara ini.
Ada yang berkata isu-isu ini turut berlaku dalam kaum lain, tetapi kaum lain pandai simpan rahsia dan tak mahu kecoh-kecoh.
Iye ke? Atau itu alasan untuk kita menghalalkan masalah sosial kita.
Dan yang terpenting, apakah yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini?
Apakah hudud jawapannya?
Bolehkah kita menguatkuasakan undang-undang Islam dalam negara pelbagai kaum dan agama? Dan bolehkah kita membuat dua set undang-undnag yakni sivil untuk bukan Islam dan syariah untuk yang beragama Islam?
Bukan mempersoalkan tetapi kita harus berpijak di bumi yang nyata bila membincangkan sesuatu isu yang sangat penting, bukan bersandarkan kepercayaan atau emosi kita semata-mata.
Kalau kita boleh meyakinkan masyarakat bukan Islam dengan kelebihan hudud, maka memang hudud adalah jawapan yang terbaik. Namun percayalah, ia bukan semudah kita bercakap.
Realitinya tidak semudah yang kita fikirkan. Kita boleh melaksanakan hudud secara paksaaan, tetapi tidakah itu akan memburukan imej agama kita dikalangan bukan Islam di negara ini dan membawa kepada keadaan kacau-bilau mungkin?
Undang-undang sivil nampaknya tidak berapa berkesan dalam mewujudkan ketakutan ke atas sesetengah anggota masyarakat. Sebab itu keadaan semakin di luar kawalan.
Namun, satu yang yang boleh kita lakukan…perkukuh kefahaman mengenai Islam di jiwa anak-anak kita.
Didikan agama yang baik akan memberikan kesedaran kepada anak-anak kita.
Kesedaran lebih penting daripada mewujudkan ketakutan.
Apa pun, pembaca digalakkan memberikan pandangan ringkas mengenai apa yang boleh kita lakukan untuk mengatasi permasalahan sosial dalam masyarakat kita.
No comments:
Post a Comment