Monday, September 12, 2011

Skuad hoki raih pingat gangsa


SKUAD hoki negara melakar sejarah tersendiri pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Ordos, China apabila meraih pingat gangsa selepas menewaskan Jepun 1-0 pada perlawanan penentuan tempat ke-3/4 semalam.
Hadir ke kejohanan itu dengan memikul sasaran empat pasukan terbaik seperti diharapkan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), skuad kendalian Tai Beng Hai bagaimanapun menamatkan cabaran dengan menduduki tempat ketiga daripada enam pasukan bertanding sekali gus ia pencapaian terbaik selepas meraih pingat perak pada Sukan Asia Guangzhou, tahun lalu.



Jaringan tunggal Muhammad Firhan Ashaari tujuh saat sebelum tamat perlawanan menerusi gol padang memberi keriangan di kem skuad negara selepas pada mulanya dilihat bakal menamatkan kempen lebih awal selepas tewas dua perlawanan pertama kepada Pakistan dan Korea Selatan.


Beng Hai jelas gembira dengan kejayaan yang diraih anak buahnya, namun tetap ada nada tidak puas hati dari pengendali skuad negara itu.



“Meskipun kami hanya menang tipis 1-0, tetapi sebenarnya lebih banyak gol boleh dijaringkan selepas pemain mensia-siakan beberapa peluang terbaik.




“Apapun, secara keseluruhan saya tetap berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan anak buah saya kerana bukan mudah untuk kita bangkit pada kejohanan ini selepas tewas dua perlawanan pertama,” katanya.



Pada perlawanan terakhir saingan yang dilangsungkan secara round robin kelmarin, skuad negara turut berjaya menewaskan Jepun 3-2 pada satu perlawanan dramatik sebelum menempah tiket ke penentuan tempat ke-3/4.



Sementara itu, India meraih pingat emas selepas menewaskan Pakistan menerusi penentuan pukulan penalti pada aksi final semalam.


-Sumber-

SCDSK Blog - Tahniah Skuad Hoki Malaysia :) lepas ini petang-petang nak main hoki la hehe

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...