Thursday, September 8, 2011

Tentang Komunis Tak Makna Sokong British



Walaupun majoriti rakyat Malaysia tak mengira bangsa melihat kenyataan Mat Sabu mengenai komunis sebagai khianat, bodoh dan jahat, namun kita perlu akui ada juga segelintir dari orang-orang kita yang terpedaya.   Kelihatan di dalam laman-laman sosial beberapa penyokong Mat Sabu mula bersuara mengejek para patriot dan pencinta negara seperti kita sebagai penyokong penjajah British.
Kata mereka, komunis hanya berkuasa selama 14 hari, kenapa kita begitu beria-ia membenci komunis tetapi tidak British?
Hakikatnya, kedua-dua komunis dan British adalah penjajah, cuma caranya saja yang jauh berbeza.    Janganlah terkeliru, kita tidak pernah menyokong penjajah British mahupun komunis, tetapi penyokong DAP dan Mat Sabu jelas menyokong penjajah komunis.   Mereka inilah yang terkeliru, bukan kita.
British menjajah kita secara halus selaras dengan tamadun yang mereka bawa. British juga mengekalkan Raja-raja Melayu walaupun pada dasarnya kuasa raja-raja ini hanya tinggal ilusi semata-mata.   Namun, sekurang-kurangnya, British menghormati kepercayaan agama penduduk asal dan langsung tidak masuk campur dalam hal ehwal ibadah umat Islam.
Bijaknya British ialah mereka tidak menggunakan keganasan sebaliknya muslihat dan manipulasi dalam menjajah bukan sahaja negara tetapi juga fikiran kita.   Mereka memastikan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini tidak mendapat peluang belajar dan ekonomi yang luas bagi mengekang kebangkitan semangat patriotisme dan menghapuskan potensi berlakunya pemberontakan.
Sebaliknya, mereka memberi peluang belajar dan ekonomi yang lebih kepada kaum Cina kerana mereka menganggap kaum Cina tidak akan memberontak menuntut kemerdekaan kerana negara ini bukan negara asal mereka.  Selain itu, cara ini juga dapat memastikan penduduk negara ini tidak bersatu-padu agar tidak punya kekuatan yang cukup untuk menentang penjajahan mereka.
Komunis pula menjajah melalui kekejaman dan keganasan.  Ideologi komunisme itu sendiri menolak sistem beraja yang diamalkan di Tanah Melayu.  Selain itu, komunis juga menolak konsep ketuhanan.
Jika komunis berjaya menjajah negara pada waktu itu, apa yang kemungkinan besar terjadi ialah semua Raja-raja akan dibunuh terlebih dahulu.   Seterusnya, perlembagaan negara tidak mungkin akan tertulis Islam sebagai agama rasmi dan hak-hak penduduk asal tidak timbul langsung.    Umat Melayu pasti lambat laun kehilangan pegangan, manakala negara pula akan hancur perlahan-lahan dengan rakyat tertindas dan menderita tanpa hak bersuara sepertimana Soviet, Cina dan negara-negara komunis lain.
Pelik apabila pembangkang mula menunjuk sokongan kepada komunis secara terang-terangan sedangkan di masa yang sama mereka juga yang beria-ia memperjuangkan demokrasi, kebebasan bersuara dan sebagainya. Nampaknya pembangkang atau sekurang-kurangnya PAS, sudah berada di tahap keliru yang sangat kronik.
Komunisme percaya kepada kesamarataan total.  Siapakah yang membawa idea kesamarataan total jika bukan DAP?
PKR pula (kononnya) percaya kepada demokrasi dan kebebasan total.
PAS pula percaya kepada pentadbiran Islam dan hukum hudud, tapi itu cerita lama.
Dengan perjuangan baru PAS iaitu menjulang komunis sebagai wira, PAS nampaknya bukan lagi hanya sekutu DAP tetapi telah pun bersatu dengan DAP dalam ertikata yang sebenar.
Tidak salah jika kita menyatakan yang PAS tidak lagi percaya kepada konsep ketuhanan, Raja berpelembagaan dan tidak lagi menyanjung Islam sebagai agama rasmi atau Melayu sebagai punya hak istimewa di negara ini selaras dengan perjuangan komunis bersandarkan sistem kesamarataan total.   Kenyataan-kenyataan pemimpin PAS lain yang cuba membela Mat Sabu mengenai hal ini mengesahkan pendirian baru PAS ini secara tidak langsung.
Kini tinggal persoalan di manakah kedudukan fahaman demokrasi PKR dalam Pakatan Rakyat?  Apakah PKR juga bersedia bersatu dengan DAP dan berpegang kepada fahaman komunis yang menafikan kebebasan bersuara, kebebasan memilih pekerjaan, kebebasan beragama dan sebagainya?
Justeru, ke mana hala PR selepas episod komunis ini?    Memperjuangkan demokrasikah atau komunisme?

-Sumber-

SCDSK Blog - Politik sungguh nonsense :D

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...