Wednesday, September 21, 2011

Terdapat 140 bilion gambar dalam facebook

LOS ANGELES: Apabila anda memuatnaikkan gambar ke dalam Facebook, bayangkan angka ini - 140 bilion.

Itulah jumlah gambar yang terdapat dalam rangkaian sosial popular itu. Jumlah itu adalah 10,000 kali lebih banyak daripada katalog gambar yang terdapat di Perpustakaan Kongres, perpustakaan terbesar di dunia. Flickr, laman web yang menjadi hos khusus untuk imej dan video, juga ketinggalan dengan 140 bilion gambar yang dimuatnaikkan ke Facebook.

Kira-kira 2.5 bilion orang di seluruh dunia memiliki kamera digital. Hakikatnya, jumlah gambar yang dirakam setiap dua minit sehari adalah sama jumlahnya dengan gambar yang dirakam pada 1880-an.

Jika seseorang merakam 150 gambar setahun, ini bermakna 375 bilion gambar diambil secara keseluruhan. Lebih 70 bilion gambar dijangka dimuatnaikkan dalam Facebook tahun ini, bermakna kira-kira 20 peratus daripada semua gambar yang diambil akan dimasukkan ke laman itu. - Agensi

kredit : hmetro.com.my

SCDSK Blog - Wow, bayangkan ruang kapasiti cakera keras yang perlu digunakan untuk menampung saiz 140 bilion gambar..

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...