Dua jaringan bintang Argentina, Lionel Messi membantu Barcelona mencatat kemenangan 3-0 ke atas Racing Santander untuk terus kekal mendahului saingan Liga Sepanyol - satu mata mengatasi pencabar terdekat, Real Madrid.
Kehebatan Messi itu turut dilakukan rakan sepasukannya skuad kebangsaan, Gonzalo Higuain yang meledak hatrik bagi membolehkan Real menundukkan Real Betis 4-1. Di Nou Camp, dua jaringan Messi itu menjadikan dia kini mengumpul 10 gol sepanjang musim ini manakala satu lagi gol Barcelona disumbang Xavi.
“Saya tidak arahkan apa-apa kepada Messi. Saya hanya beri jersi kepadanya dan suruh dia main seperti biasa,” kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola ketika ditanya bagaimana dia mengekalkan motivasi Messi.
Sementara itu, jurulatih Real, Jose Mourinho tetap menganggap sukar baginya memilih sama ada Higuain atau Karim Benzema untuk diletakkan dalam kesebelasan utama biarpun Higuain membuktikannya dengan ledakan hatrik.
“Higuain berjaya tampil lebih baik berbanding sebelum ini. Tapi di antara dia dan Benzema, masih sukar untuk saya menentukan siapa yang perlu main dan siapa yang perlu diletakkan di bangku simpanan.
“Mereka berdua penyerang dengan corak permainan berbeza tetapi memiliki satu persamaan iaitu kedua-duanya mampu menjaringkan gol,” jelas Mourinho. - AFP
-Sumber-
No comments:
Post a Comment