Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berharap beberapa tuntutan yang dikemukakan kepada kerajaan akan diluluskan dalam pembentangan Belanjawan 2012 pada Jumaat ini.
"Berita gembira kepada kakitangan kerajaan ini tidak mustahil dan kita telah menanti sekian lama. Kita faham kalau dahulu tidak dapat laksanakan (tuntuan) kerana faktor ekonomi semasa.
"Tapi kini tiada apa yang menghalang tuntutan itu diluluskan memandangkan ekonomi bertambah baik dan tuntutan ini pun untuk menaikkan taraf perkhidmatan penjawat awam untuk keluar daripada beban kewangan selain meningkatkan mutu perkhidmatan," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.
Tuntutan tersebut adalah semakan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM), menaikkan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam dan pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Omar berkata tuntutan ini hanya cadangan sahaja dan tertakluk kepada kemampuan kerajaan untuk meluluskannya.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?
Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...
-
Mata adalah pancaindera yang sangat penting, sebab itu ia perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. Sesetengah orang memandang ringan dan mengangg...
-
Subhanallah, walhamdulillah, Allahu Akbar…. Betapa kerdilnya kita manusia ini berbanding dengan makhluk ciptaan Allah SWT yang lain dalam al...
-
tau tak ikan belukang/pedukang ? beza ikan belukang dgn duri adalah 'stripe' kat badan dia belukang ada stripe. ikan jenis ini ada...
No comments:
Post a Comment