Tuesday, October 25, 2011

CUEPACS saran penjawat awam lakukan protes kenaikan harga barang mulai bulan depan

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyarankan 1.3 juta penjawat awam di negara ini melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barang terutama ayam mulai bulan depan. 

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata protes boleh dilakukan dengan mengurangkan kekerapan ke pasar selain mencari alternatif yang lebih murah bagi membantah tindakan peniaga menaikkan harga barangan tanpa sebab munasabah.
"Penjawat awam belum mendapat manfaat gaji naik dan bonus, peniaga sudah mula ambil kesempatan," katanya kepada BERNAMA selepas taklimat isu semasa CUEPACS dengan ketua jabatan dan penjawat awam, di sini hari ini.
Kata beliau masanya sudah tiba bagi semua penjawat awam bersatu dan menggunakan hak mereka sebagai pengguna. 

Fenomena kenaikan harga barangan terutama ayam berlaku di seluruh negara termasuk di negeri ini dan kesannya semakin dirasai pengguna. 

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman sebelum ini, dilapor berkata harga ayam di Sarawak kini antara RM9.50 dan RM11.50 sekilogram bergantung kepada lokasi, susulan kekurangan bekalan sejak bulan lalu. 

Bagaimanapun beliau menjangka harga ayam kembali ke paras biasa iaitu antara RM7.50 dan RM8 sekilogram pada pertengahan bulan depan apabila bekalan kembali normal. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...