Saturday, October 1, 2011

Hanya 40 % Mahu Kerja Hingga Usia 60 Tahun


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menjangkakan hanya 40 peratus penjawat awam yang mahu bekerja hingga usia 60 tahun.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya percaya ramai penjawat awam akan memilih untuk bersara sebelum usia 60 tahun khasnya dikalangan golongan wanita.
Justeru, jelasnya, CUEPACS hanya mahu lanjutan umur persaraan tidak dibuat secara opsyen yang mana penjawat awam terpaksa membuat permohonan terlebih dahulu untuk bekerja secara kontrak hingga usia 58 tahun.
“Golongan muda dan pelajar universiti tidak perlu bimbang terhadap cadangan ini kerana ia tidak memberi kesan yang banyak.
“Banyak peluang akan wujud pada masa akan datang kerana kerajaan kini melaksanakan pelan transformasi dan apa yang penting ialah bagi menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu kemahiran,” katanya.
Beliau berkata pada majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia di sini hari ini.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia baru-baru ini dilapor mencadangkan supaya umur persaraan dilanjutkan dari 55 ke 60 dan sekiranya perlu kepada empat tahun lagi berdasarkan jangka hayat rakyat di negara ini iaitu 70 (lelaki) dan 76 ( wanita).
Dalam pada itu, Omar berkata, faktor kesihatan akan menjadi perkara yang penting dalam menentukan had umur persaraan penjawat awam yang dicadang dinaikkan daripada 58 ke 60 tahun itu.
Menurutnya, ia bertujuan memastikan penjawat awam mampu memikul tugas untuk membantu melaksanakan agenda kerajaan dalam membangunkan negara dan bukan mereka yang kerap mengambil cuti sakit.
-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...