Sunday, October 9, 2011

RM500 jika keluarga ada lima anak


PELAJAR merupakan golongan bertuah kerana sentiasa mendapat perhatian kerajaan. – Gambar hiasan

Kira-kira 6.6 juta pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi awam serta swasta di negara ini akan mendapat habuan wang tunai berjumlah RM790 juta bermula sesi persekolahan tahun depan.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM530 juta diperuntukkan kepada 5.3 juta pelajar sekolah dari tingkatan satu hingga lima yang akan menerima bantuan RM100 manakala sebanyak RM260 juta diperuntukkan untuk baucar buku bagi pelajar universiti.
Bantuan kewangan secara tunai itu yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat kelmarin turut melibatkan pemansuhan yuran tahunan bagi sekolah rendah sebanyak RM23.50 dan yuran sekolah menengah RM33.50 yang kesemuanya berjumlah RM150 juta.
Yang pasti, perkhabaran paling gembira buat ibu bapa ialah apabila kerajaan bersetuju memberikan wang tunai RM100 bagi setiap anak yang bersekolah dari darjah satu hingga tingkatan lima.
Ini bermakna jika sebuah keluarga mempunyai lima orang anak bersekolah, keluarga tersebut akan mendapat RM500.
-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...