Saturday, October 15, 2011

Tutorial Cara Mudah Membuat Blog (Blogspot)


Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera kepada kawan blogger dan pengunjung blog. Saya nak share tutorial cara nak buat blog percuma blogspot. Sebelum ni ada kawan-kawan saya dah request ajar cara buat blog. Rasanya lagi senang diorang refer je tutorial bergambar kat sini. Bila tak faham baru tanya. Nak ajar sorang2 letih jugak tue. hee… Buat sesiapa yang teringin nak buat akaun blogger dan ingin menjadi penulis blog part time or full time. Membuat blog cukup mudah sebenarnya. Yang penting kemahuan mesti ada. Dimana kemahuan disitu la ada jalannya. First, untuk mencipta blog korang mestilah mempunyai akaun dengan Gmail. Jika belum ada daftar dulu akaun di “www.gmail.com“. Sesudah mendaftar barulah korang boleh follow up step tutorial cara nak buat blog percuma version blogspot.
STEP 1
Buka web browser dan masuk ke website “www.blogger.com“. Klik pada “GET STARTED” yang dalam box kaler orange tue.
Step 1 buat blog
STEP 2
Akan keluar “CREATE A GOOGLE ACCOUNT”. Isi semua maklumat dalam form yang disediakan seperti dalam gambar di bawah untuk create google account. Dah siap isi, boleh klik “CONTINUE”.
Step 2 buat blog
STEP 3
Seterusnya akan keluar paparan berikut iaitu “NAME YOUR BLOG”. Kat sini korang akan isi nama dan URL blog.
Step 3 buat blog
*Blog title:
Untuk namakan blog korang. Nama blog ini akan muncul pada dashboard, profile blog dan juga pada lama blog. Seeloknya bagi nama yang melambangkan identiti korang atau apa yang berkaitan dengan pengisian blog korang.
*Blog Url Adress:
Untuk alamat blog korang. Contohnya (http://chulax12.blogspot.com). Kemudian check pada availability untuk menyemak samaada nama blog yang korang pilih tue dah ada orang guna atau belum. Seeloknya url dan nama blog selari atau saling berkaitan.
*Word Verification:
Masuk huruf yang dipaparkan untuk verify (sahkan).
Selepas siap, boleh klik “CONTINUE”.
STEP 4
Langkah seterusnya adalah korang kena pilih template yang nak digunakan dalam laman blog. Terdapat pelbagai jenis template yang cantik dan simple. Korang klik mana template yang korang rasa menarik mengikut citarasa. Lepas tue, sila klik “CONTINUE”.
Step 4 buat blog
STEP 5
Yippie! akan keluar “Your Blog Has Created!” means yang korang dah berjaya buat blog sendiri. Kemudian, klik “START BLOGGING” untuk korang pergi cuba taip first entry/post dalam blog.
Step 5 buat blog
STEP 6
Korang boleh mula menaip apa yang ingin korang kongsikan dalam blog. Tulis tajuk pada “TITLE”. Taip entry pada “COMPOSE”. Selepas siap menaip, klik pada “PUBLISH POST” selepas selesai menaip.
Step 6 buat blog
*old version editor*
**untuk setting/ lihat apa-apa pada blog, korang boleh refer pada dashboard. Klik “DASHBOARD” pada menu kecil bahagian atas sebelah kanan.
Selamat datang ke dunia blogging dan sama2 meriahkan lagi dunia blog. InsyaAllah…
p/s: Untuk lihat gambar yang lebih jelas, sila right click->new tab pada gambar yang berkenaan.
-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...