Saturday, November 26, 2011

Final Sukan Sea 2011 : Malaysia 1-1 Indonesia (Penalty knockout 4-3)



  • Coach Ong Kim Swee mempertaruhkan formasi 4-4-1-1
  • Khairul Fahmi(Apek)
  • Mahali - Muslim - Fadhli - Zubir Azmi
  • Thamil - Baddrol - Gurusamy - Asraruddin
  • Irfan Fazail
  • Fakri Saarani

  • Fakri bermain sebagai striker utama. Coach Ong telah mengarahkan dia untuk 'drift ke luar' untuk drag salah seorang centre back Indonesia bagi mewujudkan ruang kosong di centre back. Irfan fazail yang bermain sebagai second striker akan meluru masuk ke ruang kosong tersebut dan bersedia untuk shooting.

  • Baddrol bermain di antara kedua-dua centre midfielder Indonesia bermain secara centre midfielder(ketika mengawal bola) atau secara deep lying playmaker(ketika bertahan) manakala Gurusamy di bahagian Defensive Midfielder akan mengejar setiap pemain Indonesia yang sedang mengawal bola dan cuba tackle bola itu dari possession lawan.(tugas seorang ball-winning midfielder).

  • Thamil Arasu diarahkan untuk sentiasa track-down Diego dan menekan Diego sebaik sahaja dia mendapat bola serta sedia menyerang ruang yang ditinggalkan di belakang Diego. Ini telah mematikan pergerakan dan kebebasan menyerang oleh Diego.

  • Asraruddin bermain sebagai wideman di sebelah kiri. Agak menarik percaturan ini kerana selalunya dalam skuad senior, Asra akan bermain sebagai Left Back (kerana mampu menghantar crossing cantik) sementara dalam skuad selangor, Asra akan bermain sebagai centre back (kerana faktor ketinggian dan kekurangan acceleration). Pada final ini, Asraruddin kerap berlegar di sekitar luar penalty box sebagai aerial threat KERANA right back dan kedua2 centre back Indonesia mempunyai fizikal yang besar dan tinggi yang pastinya hantaran tinggi ke Fakri dengan mudahnya akan ditanduk clear.

  • Mahali sekali lagi bertemu dengan Oktovianus Maniani. Direct pertembungan antara mereka berdua sememangnya mengujakan. Kali terakhir bertemu ketika Final Aff Suzuki 2010, Mahali telah membuli Okto di pertahanan kanan Malaysia. Okto yang mempunyai dribbling skill yang baik, pernah dicanang sebagai salah seorang dari 10 pemain berpotensi di Asia (http://www.allvoices.com/contributed-news/7773442-oktovianus-maniani-includeed-in-list-of-10-potential-players-in-asia) telah berjaya di-senyapkan oleh Mahali.

  • Meletakkan Gurusamy di antara Midfield line dan Defender line membolehkan dia support dua pertembungan dan menjadi extra-man di situ. Pertembungan pertama di sayap kiri (Diego & Okto VS Thamil & Mahali) dan di centre back (Titus & Patrich VS Muslim & Fadhli).

  • Zubir Azmi bermain buat kali pertama dalam Sukan Sea 2011. Zubir bergandingan dengan Asraruddin di sayap kanan Malaysia. Gandingan kelajuan(zubir) dan crossing(asraruddin). Zubir pada mulanya akan goyah kerana kurangnya match fitness secara perlahan2 berjaya menaikkan tempo permainan dia. Dan berdepan dengan Andik yang kurang agresif menyerang jelas membantu keadaan Zubir.

  • Secara keseluruhannya, dapat dilihat Indonesia bermain bagus ketika pemain ke-12 mereka(penyokong) bersemangat. Sila rewind ingatan anda dari 1st minit sehinggalah gol malaysia. Saksikan bagaimana Indonesia menyerang dan mengawal game SEBELUM dan SELEPAS gol Malaysia.

  • Atas kertas, sememangnya pemain2 Indonesia mempunyai teknikal ability dan skill yang lebih baik dari skuad Malaysia yang sedikit tempang kerana kecederaan kebanyakkan Attacker Malaysia. Itu belum ditambah lagi dengan aura Gelora Bung Karno yang merupakan stadium memberi atmosfera paling mengerunkan di Asia Tenggara.

  • Namun, teamwork skuad Negara, never-say-die attitude dan strategi Coach Ong berjaya meneutralkan Timnas Indonesia.

  • Tahniah Coach Ong Kim Swee..simply tactical genius..tabik hormat kepada anda.
  • Tahniah skuad negara atas pingat Emas bola sepak..Ibu kepada segala emas..
  • Kami berbangga dengan anda semua..dan tidak lupa kepada staf sokongan kejurulatihan.. 

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...