Saturday, November 19, 2011

Tinggal berapa laki yang mampu beli bra untuk isteri?

beli bra untuk isteri
Jalan cerita :
Aku dan isteri berjalan-jalan suatu hari dengan tiba-tiba dia tanya kepada aku adakah aku cinta akannya. Aku menjawap sudah semestinya. Aku hairan betul sambil kami makan angin soalan sebegitu boleh ditanya, agak terkejut sebenarnya aku sebab soalan ini kadang kala mahupun terlanjur jawap, jawapannya tetap YES kerana sudah biasa..
“Kau cintakan ku eh? Beli bra untuk I kat kedai tu, I tunggu u kat kedai kopi tu lepas 10 minit k” kata Isteriku. Dia pun melesap dengan cepat, tindakan seperti ini mencabar aku, menguji dan menyedarkan aku juga, yang mungkin tiada masa yang cukup untuknya..
Tetiba di kedai bra semua pekerja wanita pandang ke arah aku. Aku pun jelaskan kepada mereka aku ingin memilih bra untuk isteri. Mereka terpegun buat seketika..
“ok, erm apa size bra isteri encik?” kata seorang pekerja yang melayani aku. “Size? no idea.. Saya rasa size kamu boleh pakai dia pun no problem” aku jawap dengan sempoi. “Encik kamu pasti?” raguan kuat pekerja tersebut. “Ha, dengan jujurnya saya gakui macam tidak berapa logik haha..” Malu aku dibuatnya, bila fikir balik betul juga, mana ada aku beli seluar dalam kata size seluar dalam Beckham sama dengan saiz aku, adoi kantoi sudah tiada pengalaman dalam hal ini.
“Ok, buah tembikai, apple atau telur?” pekerja itu bertanya dengan nada yang ingin membantu. Aku terkejut pada mulanya tapi terima saja kerana memahami niat positive, aku menjawap telur, telur goreng hahahaha! Lalu perkerja itu marah dengan aku, katanya yang terkecil adalah size 28A, tidak seteruk telur goreng..
Siap beri malu, disiapkan tugasan aku pun balik kepada sisi isteri. Isteri tidak memuji membuat aku sedikit hampa. Namun selepas itu, apabila aku fikir balik motif isteri aku barulah aku sedar bahawa pengajaran ini sebenarnya mengajar aku janganlah mulut cakap cinta tapi tindakan yang dapat aku tunjukkan aku cinta itu terlalu cetek. Aku akan ingat beli bra untuk isteri kali ini bukannya suatu yang boleh dibanggakan, kerana ia merupakan sebahagian daripada konteks cinta, yang aku luahkan kepada isteriku..
Sumber

1 comment:

  1. hahahaha....ada juga perumpamaan telur goreng.
    nak test kat hubby juga lah.
    hehehe

    ReplyDelete

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...