Wednesday, November 9, 2011

Wanita Belum Berkahwin Dibenarkan Menyusukan Anak Angkat

Wanita Belum Berkahwin Dibenarkan Menyusukan Anak Angkat


Muzakarah Jawatankuasa  Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa  wanita yang belum berkahwin tetapi mengambil pil  hormon untuk menyusukan anak angkat mereka  dibenarkan berbuat demikian.
Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (Jakim) melalui e-fatwa, penggunaan  ubat atau suntikan yang tidak mempunyai unsur  haram untuk merangsang pengeluaran susu  badan adalah harus dengan syarat wanita  tersebut telah mencapai umur baligh sama ada  telah berkahwin atau sebaliknya.
Bagaimanapun, katanya, keharusan tersebut  tidak tertakluk kepada seorang lelaki yang  mengubah jantina kepada wanita.
“Keputusan tersebut diambil berdasarkan  pandangan majoriti ulama yang tidak  mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil  terlebih dahulu untuk menyusukan anak.
“Ia seperti mana pandangan mazhab Hanbali,  Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa  seorang perempuan yang hendak menyusukan  seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai  suami yang menyetubuhinya,” menurut kenyataan  itu di www.e-fatwa.gov.my.
Jelas kenyataan itu, Muzakarah Jawatankuasa  Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama  Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13  hingga 15 Oktober lalu telah membincangkan  mengenai hukum wanita menyusukan anak  angkat.
Anggota majlis, katanya, turut memutuskan  bahawa seorang lelaki yang mengahwini wanita  yang menyusukan bayi angkat tersebut secara  tetap telah menjadi mahram kepada anak susuan  tersebut.
“Bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila  cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan  oleh syarak seperti cukup bilangan susuan  hendaklah dengan lima kali penyusuan, susu yang  dihisap mestilah sampai ke perut bayi dan umur  bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan  bulan qamariah (kalendar Islam),” katanya.
Dalam pada itu, muzakarah juga memutuskan  seorang wanita beragama Islam tidak dilarang  untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu  juga sebaliknya.
-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...