Monday, January 30, 2012

Doaku Untukmu Sayang – Wali Band



Assalamualaikum,
Kalau sebut Wali Band siapa tak kenal kan.  Tadi tengah saya syok layan lagu-lagu kat youtube tetiba mata tertumpu pasa snapshot dan tajuk lagu ni.  So saya dengan malas click kiri tetikus untuk layan best ke tak lagu ni.  Korang pernah tak layan lagu ni?  Tajuk lagu Doaku Untukmu Sayang dari Wali Band.  kalau belum jom layan :

Wali Band – Doaku Untukmu Sayang [Download Here]

Macam biasa lirik ada dalam video haha.  Mesti ramai yang akan cakap saya ni mat jiwang, mat bunga ataupun mamat jambu.  Tak kisahlah apa yang korang nak cakap tapi serius lepas saya dengar lagu ni hati jadi sebak.  Dalam diri manusia ni Allah jadikan ada beberapa elemen  so tak mungkin seorang manusia tu takkan terusik dengan seseuatu.  Apa yang korang boleh dapat dalam lirik lagu ni.  Ok saya kaitkan lagu ni dengan alam perkahwinan.  Tak mungkin seorang suami tu nak tengok isteri dia susah.  Biarlah si suami terpaksa merangkak berjalan dalam gelap janji dia dapat tengok isteri dia senyum.
Apa yang seorang suami nak ialah faham dan sayang.  Mungkin kadang-kadang isteri tengok kita senyum tapi mungkin ada something yang si suami nak bagitau tapi tak kesampaian atas sebab-sebab tertentu.  Tapi kalau dapat bonus senyap tu dah kes lain haha.  So pada isteri-isteri seluruh alam seandainya korang dah dikurniakan seorang suami yang baik silalah hargai macam tu jugak si suami kalau dah dapat seorang isteri yang baik jagalah elok-elok.  Jangan pulak buat macam kuli plak.
p/s:
Jiwang sekali sekala takpe tapi kalau dah dress up pun kayak ponde itu dah lain…

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...