Salam semua, buat rakan- rakan lelaki yang umurnya semakin meningkat , selalunya masalah perutlah yang menjadi igauan ngeri buat mereka. Kenaikan lemak-lemak buncit di perut jika tidak di jaga memang nampak agak jelek di pandangan mata. Akan terserlahlah ketuaan kita jika berperut buncit.
Kita selalu nakkan Mrs kita slim dan maintain, apa kata kita pun sesama maintain barulah Mrs akan rasa bangga bersuamikan suami yang hensem..he he..tak payah ada ketak pun tak pe, asalkan buncitnya tidaklah terlalu menonjol sudah cukup baik pada mereka. Apa kata anda cuba petua saya ini;
1-Minyak Zaitun
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya.
Dengan kaedah ini, semua lemak-lemak tadi akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak berlebihan serta mengatasi masalah berat badan.
2- Limau Kasturi + Kapur Makan
Bentuk perut yang buncit memang jelek dipandang mata. Malah agak sukar pula untuk menggayakan fesyen terkini. Bagi yang telah mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan lemak dan selulit di kawasan perut, bolehlah mencuba petua ini.
Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapulah ke bahagian perut yang buncit.Insyaallah akan pecah lemak dalamannya melalui proses buang air besar keesokkan harinya dan jangan lupa minum banyak air kosong.
Apa yang penting, anda kena rajin melakukannya setiap hari dan barulah mendapat hasilnya.Selamat mencuba.
Sumber
No comments:
Post a Comment