Wednesday, July 11, 2012

Jangan Terima Tawaran Pekerja Sambilan Kerajaan Jika Anda Dah Ada Kerja Tetap

As'salam dan Selamat Sejahtera kepada semua,

Kat sini saya nak kongsi info tentang pekerja sambilan atau kontrak kerajaan.

Di jabatan tempat saya bertugas sekarang, terdapat ramai pekerja sambilan dan kontrak, mereka dilantik beberapa tahun lepas dan kontrak mereka diperbaharui dari semasa ke semasa. Namun begitu, semenjak beberapa bulan lepas, sedikit demi sedikit pekerja sambilan ini ditamatkan perkhidmatan tanpa sedikitpun pembelaan.

Isteri saya merupakan salah seorang pekerja sambilan. Sebelum beliau menerima tawaran sebagai pekerja sambilan di jabatan kerajaan tersebut, beliau telah bekerja di bawah sektor swasta dengan jawatan tetap dan gaji yang jauh lebih baik.

Memandangkan pada ketika itu(4 tahun lepas), ramai pekerja sambilan yang diserap ke perjawatan tetap termasuklah kakak ipar saya yang turut memberi sokongan penuh, kalau tak diserap pun, mungkin akan ada peluang2 kerja tetap kerajaan bilamana dah berada di dalam sektor awam walaupun secara sambilan, isteri saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dari tempat beliau bekerja dan menerima tawaran pekerja sambilan di jabatan kerajaan.

Agak berat untuk saya menyokong hasrat isteri saya, namun bila memikirkan berkemungkinan besar beliau akan diserapkan ke dalam perjawatan tetap atau sekurang-kurangnya peluang nak dpt kerja tetap tu tinggi la, ye lah, sah2 keje dlm kerajaan, tambah2 pula lokasi tempat kerja beliau lebih dekat tempat tinggal kami, saya membenarkan beliau meneruskan niatnya itu.

Saya tidak tahu itu merupakan keputusan paling ***** yang pernah dibuat oleh saya dan isteri. Dari bulan ke bulan, tahun ke tahun, kontrak ke kontrak, isteri saya tak putus2 mengisi borang kekosongan jawatan tetap, jabatan pula kelihatan seperti langsung tidak mempedulikan nasib pekerja sambilan, hanya sekadar cakap mereka tidak boleh buat apa2, semuanya bergantung kepada SPA dan bilamana semua permohonan diisi melalui SPA, SPA pula cakap peluang temuduga/kerja diberi mengikut sistem mereka, mereka juga tak boleh buat apa2 terhadap pekerja sambilan.

Dan pada pertengahan tahun ini, hampir semua pekerja sambilan di jabatan tempat isteri saya bertugas ditamatkan perkhidmatan dan bukan semua mereka bernasib baik dapat mencari kerja tetap sebelum ditamatkan perkhidmatan itupun atas usaha sendiri, bukannya main pakai2 kabel sepertimana yang orang selalu katakan.

Lebih menyedihkan untuk pekerja2 sambilan yang ditamatkan perkhidmatannya pada bulan ini, sebelum raya, saat2 orang amat2 memerlukan wang. Bagi yang berkebolehan macam isteri saya, bolehlah cari duit buat2 kuih raya atau berniaga.

Bukan isteri saya seorang sahaja yang menerima nasib seumpama ini, tapi ramai lagi dari samada dari satu jabatan atau dari jabatan/kementerian lain. Yang peliknya semasa bertugas, kerajaan berhabis duit menghantar pekerja sambilan ini kursus ke sana, ke sini dalam meningkatkan kemahiran pekerja sambilan ini dalam melakukan tugas2 mereka, yang *****nya akhirnya kerajaan 'membuang' pekerja sambilan yang telah dilatih dengan pelbagai kemahiran dan pengamalan begitu sahaja dan mengambil 'freshie' dari SPA yang perlu 'dilatih' bermula dari kosong.

Kesimpulan dari cerita saya yang panjang lebar ini ialah:
  • Kalau anda dah kerja tetap, jangan terima tawaran Pekerja Sambilan dari Kerajaan walaupun pekerjaan anda sekarang adalah kerja swasta.
  • Terima tawaran Pekerja Sambilan hanya jika anda betul2 tak de kerja.
  • "Pekerja sambilan/kontrak berkemungkinan besar akan diserap ke perjawatan tetap kerjaan" hanyalah urband legend semata, dgn dasar2 yang tak menentu tiada siapa boleh beri jaminan tentang mitos ni.
  • Pekerja Sambilan akan membuat tugas2 yang sama dengan tugas2 penjawat awam berjawatan tetap, diberi kursus sama dengan staf tetap tapi ia tidak bermakna pekerja sambilan akan di'tetap'kan di situ, lebih2 lagi kalau dapat jabatan yang jenis tidak ambil peduli nasib Pekerja Sambilan/Kontrak.

Tujuan saya buka thread ni nak kongsi kesilapan saya dan ramai lagi pekerja2 sambilan lain yang bakal ditamatkan perkhidmatan tak lama lagi, memandangkan saya tengok ramai benar yg senasib, jadi saya kongsi dengan anda semua, boleh la dibuat pertimbangan sebelum menerima tawaran pekerja sambilan, baca betul2 skop2 kerja dan hak2 pekerja sambilan, khabar angin tanpa hitam putih yang tidak memberi sebarang jaminan jangan di dengar. Terima kasih.

9 comments:

  1. salam..just nk komen..anyway i pow bekas pekerja kontrak..n i kerja kontrak coz mmg x da krja..lain kali da tahu da kja..x pyah la g berhenti..kja kontrak ni utk org3 yg mmg x da..jobless la senng..da klo org da pnglmn pow berhnti g kje ni..bis yg jobless lg x da pnglm nk kje mna kn...hidup ni jgn TAMAK.SORRY LA KLO SALAH..JUST MY OPINION..HUHU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn mghina artik ini... apa yg diperjelaskn beliau memg benr... ini semua trick lbh... mgkn semua org bleh ckp... tp yg ada dtempt beliau bgaimana..... mgkn rzeki anda lebh...; tp jgn lupe pla doakan mrk dbelkng sna... jgn smpai nikmt ini dtarik smula gra2 phinaan anda kpd pkerja kntrak ini...

      Delete
  2. sebenar nya pekerja kontrak ini diambil berdasarkan projek. jika projek dah siap, kontrak pon abis..unless kalu ada projek lain, baru kontrak itu disambung lagi..so, jangan terbang terlalu tinggi, nanti jatuh akan merana badan..makna kata jangan terlalu meletak kan harapan yang begitu tinggi untuk diserap menjadi tetap..nanti merana satu badan...untuk diserap menjadi tetap bergantung kepada kekosongan yang ada dan juga rezeki sebagai contohnya jabatan nak buat penstrukturan semula..so, peluang tu ada...dan jangan risau setiap orang ada rezeki masing-masing. jika tuhan kata itu adalah rezeki anda, maka ia tidak akan lari kemana..inshaallah..everything happens for reason..just my one cents idea...

    ReplyDelete
  3. Sy bru dpt tawaran tuk pembntu tdbir smbilan..sblm ni kje tetap tp keje tetap ni balik umh smpai lawat mlm n kdg2 smpai umh kul 12mlm...jd sy mmg nk cri kje len cz blk mlm2 mmg bahaya tuk sy sbg perempuan...smntara tngu tuk msuk ke pmbntu tdbir smbilan..sy dpt intrvw jwtan admin assistan(tetap)...mcm mna yea...sy sukar tuk memilih...sy tny pd owg yg sdg bekerja di jbtn krjaan trsbut mgatakan kmungkinan akan diserap...mcm.mne yea...

    ReplyDelete
  4. sy pn sme...sy dpt pnggilan utk jawatan penolong pgawai ksatria S27 tp status jawatan adalah sambilan..ble sy try call 0rg sne diorg ckp sy akan dserap..pastu sy bc pekeliling krajaan yang jwatan sambilan xkn diserap krajaan...skng sy msh bkerja diskolah swasta sbg guru...ptt ke sy amik jwatan d plkn tu???plz help me..cz i got only 2 week before rgister at kem plkn titian bentingor,kota negeri sembilan...

    ReplyDelete
  5. sambilan atau kontrak kerajaan? lupakan la. oranga cakap, lama-lama kalau kerja sambilan/kontrak kerajaan akan diserap? tak tau la saya. tak boleh jamin. tapi kalau ekonomi merosot, orang pertama kena pecat ialah sambilan/kontrak. bagi saya, kalau dah ada kerja tetap, baik stay je kat situ. biar gaji sikit, jangan tamak. kalau dah dapat pengalaman lebih, boleh cuba company yg boleh offer gaji lebih. kalau nak dapat kerja kerajaan, baik ikut prosedur yang betul. contohnya prosedur daripada www.spa.gov.my.

    ReplyDelete
  6. rentikan lah harapan nak masuk tetap... aku nie dah 4 thn keje kontrak.. harap nk d serap padahal ada keperluaan yg diperlukan...

    ReplyDelete
  7. tak payahla terima jawatan kontrak/sambilan sekiranya anda dah ada gaji tetap dengan swasta.bukan sahaja benefit dari segi medical,akan tetapi dapt bonus dari company.kerja sambilan tiada benefit ape2,kalu tak kerja xda gaji.malah selalu di buli oleh staff tetap yang pandai ambil kesempatan.

    ReplyDelete

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...