Thursday, September 20, 2012

Best Ways to Cook Vegetables



Sayur-sayuran adalah makanan yang berkhasiat dan dianggap makanan sihat kerana ia mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan nutrien lain yang penting untuk kesihatan, terutamanya untuk meningkatkan daya ketahanan badan daripada serangan penyakit kronik. Tapi sayangnya vitamin dan mineral dalam sayuran hijau terutamanya mudah larut atau hilang apabila dimasak. Oleh itu cara atau teknik memasak yang betul adalah perlu bagi mengekalkan vitamin dan mineral sayuran tersebut. Jangan masak sayuran terlalu lama sehingga menjadi terlalu lembut dan berubah warna dari hijau menjadi lebam.
Berikut dikongsikan beberapa teknik masakan yang dicadangkan bagi mengekalkan khasiat sayur yang dimasak:
1. Goreng sayuran dengan cara cepat (saute) dengan sedikit minyak masak. Cara ini sesuai bagi sayuran yang agak lembut seperti asparagus, bawang, cendawan, kacang pea, dsb.
Caranya ialah dengan memotong sayuran kecil-kecil sekadar saiz boleh sekali masuk mulut supaya keseluruhan sayuran mudah digoreng kacau dengan pantas dan masak dengan sekata. Panaskan kuali terlebih dahulu dengan api yang agak kuat, kemudian baru masukkan sedikit minyak masak. Tunggu sehingga minyaknya cukup panas sebelum masukkan sayuran. Masak dengan mengacaunya secara pantas sehingga ia menjadi lembut dan kemudian angkat.
2. Goreng sayur dengan api yang kuat dengan sedikit minyak masak dan sentiasa dikacau supaya ia tidak hangus. Cara ini biasanya menggunakan kuali yang tebal supaya panasnya sekata. Cara ini selalunya diamalkan dalam masakan Cina.
3. Rebus sayuran dengan cepat atau perlahan (simmer). Cara ini dapat mengekalkan bau dan kerangupan sayuran seperti brokoli, sayur kacang. Caranya, masak air terlebih dahulu dalam periuk atau kuali. Apabila air mendidih, masukkan sayuran dan rebus dengan api yang sederhana kuatnya sehingga sayuran masak dan cepat diangkat, jangan dibiarkan lama sehingga sayuran menjadi terlalu lembik.
Bagi merebus sayuran secara api perlahan (simmer), gunakan api yang kecil (suhu rendah) dan rebus sayuran sebelum air mendidih sepenuhnya. Cara ini sesuai bagi sayuran seperti kekacang kering, ubi kentang, keledek, keladi atau jenis umbisi yang lain. Tambah garam secukup rasa.
4. Bakar/panggang sayuran dengan sedikit minyak masak di dalam oven. Bungkus sayuran beserta sedikit minyak dengan aluminium foil terlebih dahulu sebelum memasukkannya ke dalam oven bersuhu tinggi (untuk roasting daging). Cara ini dapat membantu mengekalkan vitamin, mineral serta rasanya berbanding cara rebus. Cara ini sesuai bagi sayuran seperti asparagus, bawang, ubi kentang, dsb.
5. Kukus sayuran tanpa perlu menggunakan minyak dan rendaman air. Cara ini sesuai bagi mengekalkan kandungan vitamin, mineral, dsb. Cara masakan ini sesuai bagi sayuran seperti brokoli, lobak merah, cauliflower, sayuran kacang, sayuran hijau lain.
6. Panggang sayuran atas pemanggang (grill) dengan menggunakan penyepit bagi membalik-balikkan sayuran supaya ia masak dengan sekata. Cara ini dapat mengekalkan kerangupan dan kemanisan sayuran yang dipanggang. Cara ini sesuai bagi sayuran seperti ubi kentang, bawang dan sayuran lain.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...