Tuesday, September 11, 2012

Tips sebelum membuat order (pesanan) makanan


Banyak orang suka makan di restoran tidak kira masa, sama ada minum pagi, makan tengah hari, minum petang atau makan malam, terutamanya mereka yang sibuk bekerja atau masih bujang. Keluar makan malam bersama keluarga sekali sekala atas sesuatu sebab, meraikan sesuatu, atau lain-lain, juga telah menjadi trend sekarang ini. Ini suatu amalan yang baik bagi mereka yang berduit, sekurang-kurangnya dapat mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga yang sering membawa haluan masing-masing pada hari-hari lainnya.
Dalam kehidupan harian, makan di restoran, terutamnya di restoran makanan segera memanglah mudah, cuma buat pesanan, bayar dan makan, tetapi berapa ramai di antara kita yang memikirkan akibat daripada terlalu kerap makan di restoran makanan segera seperti KFC, McDonald, Pizza Hut, di hotel-hotel dan lain-lain. Sudahlah makanannya mahal, secara tidak langsung kita mengundang penyakit jika kita tidak prihatin dengan jenis dan nutrisi makanan yang dipilih walaupun makanan yang dihidangkan nampak sedap dan menyelerakan. Kajian menunjukkan, makan luar di restoran makanan segera inilah menjadi salah satu sebab kepada masalah obesiti di kalangan kita, terutamanya kanak-kanak dan remaja sekarang ini.
Tips berikut diharap dapat membantu kita memilih makanan berkualiti dari segi kesihatan di restoran makanan segera:
Tips sebelum membuat order (pesanan) makanan
1. Tetapkan menu yang dikehendaki terlebih dahulu sebelum masuk ke restoran (bagi yang biasa dengan menu di restoran tersebut) supaya tidak terpengaruh dengan menu lain yang banyak untuk dipilih.
2. Jika masuk ke restoran baru, kaji dulu makanan yang hendak dipesan dari segi kandungannya supaya tidak terpilih makanan yang tidak sihat.
3. Jauhi makanan pembuka selera yang biasanya ada di atas meja supaya tidak terpengaruh.
4. Minum 2 gelas air sementara menunggu makanan yang dipesan sampai supaya rasa kenyang.
5. Hindari makanan yang mengandungi mentega, majerin, bergoreng, berkrim, berkeju, atau dengan ais krim.
6. Jika makan roti sebelum makanan utama, pilihlah roti bijirin penuh tanpa keju, mentega atau majerin.
Tips semasa membuat pesanan makanan (order)
1. Pilih makanan berkukus, bakar, panggang atau kacau goreng.
2. Pilih kentang yang dibakar, rebus atau panggang tanpa mentega atau krim. Cuba elakkan kentang goreng.
3. Buat pesanan makanan cepat-cepat supaya tidak terpengaruh dengan pesanan makanan orang lain di sebelah.
4. Pilih makanan laut (bagi yang tidak alergi), ayam atau daging merah tanpa lemak, dan jauhi daging diproses atau daging berlemak.
5. Pilih sayuran kukus bukannya sayur goreng.
6. Jika hendak order makanan yang belum pernah dirasa, tanya bahan-bahan yang terkandung di dalamnya terlebih dahulu.
7. Asingkan sos dan dressing dalam bekas yang berasingan supaya jumlah yang diambil boleh dikawal.
8. Bagi manisan pembasuh mulut, pilihlah buah-buahan yang segar tanpa krim atau topping.
Semoga tips di atas dapat membantu kita untuk memilih makanan di restoran, terutamanya di restoran-restoran segera. Apa-apapun yang terbaik adalah mmasak sendiri di rumah….. wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...