Kajian terkini menunjukkan bahawa personaliti dan keupayaan mengawal marah memberi kesan kepada kesihatan jantung, termasuk juga risiko strok.
Orang yang selalu marah-marah, panas baran dan agresif mempunyai arteri karotid (di tengkuk) yang tebal, iaitu faktor risiko seseorang itu mendapat serangan sakit jantung atau strok berbanding dengan orang yang lebih relaks. Ini menunjukkan ada kaitan antara tabiat agresif dengan kesihatan jantung.
Selain itu, orang yang kompetitif, terlalu mengejar cita-cita yang tinggi, tamak, stres, depresi, dan lain-lain yang berkaitan juga mempunyai dinding arteri yang lebih tebal berbanding orang biasa, walaupun pada umur yang masih muda. Ini menyebabkan mereka terdedah kepada risiko penyakit kardiovaskular.
Pada amnya, orang lelaki mempunyai dinding arteri yang lebih tebal berbanding wanita. Namun begitu, wanita yang panas baran, cepat melenting dan agresif didapati mempunyai dinding arteri yang lebih tebal.
Justeru , bagi menghindari risiko sakit jantung, banyak-banyakkanlah bersabar dan redha sambil beristaghfar banyak-banyak apabila menghadapi situasi yang tidak menyenangkan, lebh-lebih lagi dengan kerenah manusia…insya Allah.
No comments:
Post a Comment