Friday, October 12, 2012

Perkara Yang Menghalang Anda Dari Merasai Nikmat Ketika Melakukan Hubungan Seks


Perkara Yang Menghalang Anda Dari Merasai Nikmat Ketika Melakukan Hubungan Seks
Perkara Yang Menghalang Anda Dari Merasai Nikmat Ketika Melakukan Hubungan Seks - Anda tidak terangsang sepenuhnya sebelum memulakan aktiviti persetubuhan. Akibatnya hubungan seks anda akan jadi layu. Untuk merasai nikmat melakukan hubungan seks, anda perlu terangsang secara emosi dan fizikal.
Anda tidak yakin pada diri sendiri. Apabila anda tidak yakin pada diri sendiri, anda akan was – was ketika melakukan hubungan seks. Akibatnya, anda tidak dapat berikan yang terbaik ketika melakukan hubungan seks.
Mempunyai masalah kesihatan. Masalah kesihatan seperti sakit perut, diabetis, darah tinggi dan sebagainya akan menyebabkan anda rasa kurang selesa ketika melakukan hubungan seks. Jadi, sentiasa periksa kesihatan anda supaya masalah kesihatan tidak menganggu anda dari merasai nikmat ketika melakukan hubungan seks.
Anda dan pasangan anda tidak serasi iaitu pasangan anda tidak mahu lakukan apa yang anda mahu dia lakukan atau pasangan anda tidak berminat terhadap hubungan seks. Biasanya mereka yang tidak ada minat terhadap hubungan seks mempunyai masalah dari psikologi seperti takut atau risau terhadap seks. Jadi, selesaikan masalah pasangan anda dahulu, barulah anda boleh rasa nikmat ketika melakukan hubungan seks.
Alat kelamin tidak berfungsi dengan baik dan menyebabkan hubungan seks anda terbantut. Contohnya zakar tidak cukup keras atau vagina yang kurang keluakan air. Selesaikan masalah kelamin anda, insyaAllah anda akan kembali rasai nikmat ketika melakukan hubungan seks.
Fikiran anda yang di kuasai nafsu sepenuhnya. Apabila fikiran kita di kuasai nafsu sepenuhnya, kita akan rasa sukar untuk kawal diri kita. Secara tidak langsung, kita akan fokus untuk ejakulasi sahaja tanpa meruangkan waktu untuk menikmati rasa nikmat ketika melakukan hubungan seks. Jadi, belajar untuk kawal nafsu anda dan lakukan hubungan seks dengan tenang dan relaks. – Kuatbatin

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...