Tuesday, October 16, 2012

Tiga Perkara Yang Anak Anda Perlu Tahu Mengenai Seks


Tiga Perkara Yang Anak Anda Perlu Tahu Mengenai Seks
Tiga Perkara Yang Anak Anda Perlu Tahu Mengenai Seks - Jika anda tidak ada idea bagaimana hendak mengajar anak anda mengenai ilmu seks, anda boleh ajar mereka berdasarkan tiga perkara di bawah

Perkara pertama : Seks adalah haram bagi mereka yang tidak berkahwin
Anak anda perlu tahu seks hanya boleh di lakukan oleh mereka yang bergelar suami isteri, bukannya sesuka hati tanpa ikatan yang sah. Kebanyakan anak muda sekarang suka bercinta pada usia yang muda terutama anak – anak yang baru masuk ke sekolah menengah.
Apabila mereka tahu halal haram dan akibat jika mereka melakukan perkara yang haram, mereka tidak akan melakukan perkara yang melampaui batas. Sentiasa ceritakan akibat yang mereka akan dapat jika mereka lakukan hubungan seks secara haram seperti anak luar nikah, di cemuh masyarakat, melakukan dosa besar dan lain – lain.

Perkara Kedua : Organ seks akan mula membesar apabila mereka masuk akil baligh
Anak – anak anda perlu tahu organ – organ seks mereka akan mula membesar apabila umur mereka sudah sampai akil baligh. Ajar mereka untuk jaga kesihatan organ – organ seks mereka supaya mereka tidak lemah syahwat apabila dewasa nanti.

Perkara Ketiga : Perasaan inginkan seks dan cara mereka hendak lawan
Bagi anak lelaki yang sudah akil baligh, mereka mudah rasa terangsang apabila melihat wanita terutama jika wanita tersebut cantik, seksi dan menawan. Bagi anak perempuan pula, mereka akan rasa terangsang apabila mula jatuh cinta pada lelaki yang mereka idam – idamkan.

Beritahu anak – anak anda perkembangan perasaan yang mereka akan alami ketika mereka sedang membesar akibat perubahan hormone. Selepas itu ajar mereka cara hendak lawan keinginan yang tidak sihat seperti ingin menonton cerita lucah, ingin berzina dan sebagainya. Pendek kata, ajar anak anda bagaimana hendak kawal diri,
Ajar anak – anak anda dari semasa ke semasa supaya anda boleh kawal cara mereka berfikir. Jangan biarkan anak anda terlalu bertumpu pada keinginan seksual kerana itu bukanlah penentu kejayaan hidup. Ramai anak – anak gagal dalam peperiksaan dan sebagainya kerena mereka terlalu fokus pada keinginan seks mereka sehingga mereka lupa itu bukanlah tujuan mereka hidup. – Kuat Batin

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...