Wednesday, January 9, 2013

Tentang Mimpi


Mari kita lihat apakah kaitannya mimpi dengan kehidupan, psikologi, dan minda kita atau ia hanya sekadar mainan tidur.
mimpi
1. Anda lupa 90% daripada mimpi anda.
2. Orang buta juga bermimpi, di mana:
* Orang buta selepas dilahirkan boleh melihat imej dalam mimpinya.
* Orang yang dilahirkan buta tidak dapat melihat imej tetapi mereka masih mimpi tetapi berkaitan dengan alt deria yang lain, iaitu bunyi, bau, sentuhan dan emosi.

3. Semua orang bermimpi dalam tidurnya (kecuali orang yang mempunyai masalah tertentu seperti kecelaruan psikologi.
Jika anda menyangka bahawa anda tidak bermimpi, sebenarnya anda hanya lupa mimpi tersebut.
4. Dalam mimpi selalunya anda hanya melihat wajah orang-orang yang anda kenali.
5. Tidak semua orang mimpi warna.
6. Mimpi adalah simbolik
- Kadang-kadang mimpi sesuatu benda/perkara bukan secara terus menujukkan benda/perkara tersebut tetapi ada tafsiran/simbolik di sebaliknya kerana mimpi juga adalah bahasa simbolik.
- Sesetengah simbol dalam mimpi ada pengertian atau tafsiran sejagat, contohnya mimpi menaiki atau mendaki sesuatu tempat tinggi dan sampai ke puncaknya. Ini memberi tafsiran bahawa seseorang itu akan berjaya mendapat apa yang sedang diusahakan dan diingininya. Begitu juga sebaliknya, jika mimpi jatuh selalunya memberi tafsiran kegagalan atau kecelakaan yang sedang menanti.
7. Mimpi juga ada emosi
- Emosi yang paling biasa dialami semasa mimpi ialah keletihan.
- Dalam mimpi, emosi negatif lebih kerap dialami oleh seseorang daripada emosi positif,

8. Kita boleh mengalami 4 hingga 7 mimpi dalam satu malam.
9. Haiwan juga bermimpi seperti manusia. Kajian menunjukkan haiwan yang berlainan mempunyai gelombang otak yang sama seperti manusia semasa bermimpi dalam tidur.
10. Penggabungan dalam mimpi
Minda kita menterjemahkan rangsangan luaran kepada alat deria kita semasa tidur, dan ini menjadikannya bergabung atau sebahagian daripada mimpi kita. Contohnya, kita mendengar bunyi yang sebenar (real) semasa tidur dan bunyi ini boleh bergabung dalam mimpi kita.
11. Mimpi lelaki dan wanita berbeza
- Orang lelaki lebih kerap (70%) mimpi yang berkaitan dengan orang lelaki lain dan lelaki juga mempunyai emosi yang lebih agresif.
_ Sebaliknya, mimpi wanita mengandungi sama banyak mimpi berkaitan dengan lelaki dan wanita lain, dan wanita kurang beremosi agresif berbanding orang lelaki.

12. Orang berdengkur selalunya tidak bermimpi.
13. Anda boleh mengalami kemuncak seks dalam mimpi sehingga keluar air mani.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...