SumberEmpat tahun selepas filem “CJ7”, Stephen Chow kini kembali bersama filem terbaru, “Journey To The West”, yang merupakan sebuah filem prekuel, tetapi tidak semestinya sedemikian, seperti yang dikatakannya. Pelakon dan pengarah itu melihat filem tersebut sebagai sebuah cabaran besar yang menyeronokkan dan menjelaskan idea serta konsep di sebalik filem yang memakan masa lama untuk disiapkan.
Baru-baru ini kami berpeluang untuk menebual secara ekslusif bersama Stephen Chow yang dibuat di Hotel Le Meridien di Taipen, Taiwan buat bacaan anda semua.
Sudah lama peminat menunggu hasil kerja anda yang terbaru. Sebelum ini, anda pernah membuat filem menggunakan jalan cerita ini dengan “A Chinese Odyssey” dan kami ingin tahu mengapa anda mahu membuat sebuah lagi filem yang berdasarkan kisah sama.
Setelah menghasilkan “A Chinese Odyssey” pada tahun 1994, saya mula berfikir sama ada saya boleh membuat sebuah lagi filem berdasarkan “Journey To The West” kerana ia mengandungi banyak elemen menarik yang boleh diperkembangkan lagi. Terdapat banyak potensi dalam kisah dongeng Cina itu yang mana saya rasakan lebih elok sekiranya saya boleh meletakkan lebih banyak fokus pada suatu perkara dalam cerita tersebut, iaitu di permulaan cerita yang menemukan semua wataknya.
Kebanyakan filem anda sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Tetapi, pada kali ini pula, kami perasan bahawa filem “Journey To The West” ada kelihatan terlalu dewasa.
Pandangan peribadi saya adalah filem ini masih sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak. Saya memang suka pada budak dan berasa mudah untuk berkomunikasi dengan mereka memandangkan saya berpengalaman dalam bekerjasama untuk menjayakan rancangan kanak-kanak sebelum ini. Bagi saya, apa yang kanak-kanak pada zaman sekarang suka adalah berbeza dari apa yang kanak-kanak di zaman lalu suka. Kanak-kanak zaman sekarang sudah pasti inginkan sesuatu yang segar dan menyeronokkan, dan atas sebab itu, saya rasakan filem baru ini boleh ditonton oleh mereka. Ya, saya mengaku, terdapat beberapa buah babak yang agak keterlaluan, tetapi babak tersebut masih memberikan keseimbangan pada filem. Ada babak kelakar dalam filem dan ada juga babak yang menakutkan dan ganas. Keseluruhan filem ini mempunyai pelbagai jenis elemen boleh didapati dalam filem. Jadi, tidakkah ianya sesuai untuk seisi keluarga (ketawa)?
Show Luo pernah mengatakan bahawa beliau mengalami tekanan ketika berlakon dalam filem dan cuba mengelakkan dari terlalu banyak berlakon seperti anda. Apa yang membuatkan anda mengambil beliau berlakon dan bagaimana pengalaman bekerjasama dengan beliau?
Saya tak rasa lakonan beliau menyerupai gaya lakonan saya. Show merupakan seorang pelakon berkaliber yang sering membawa benda baru dengan spontan. Bagi beliau, berlakon dengan hanya mengikut skrip akan membazirkan bakat yang dimiliki. Beliau wajar diberikan ruang untuk meluahkan kreativiti yang ada kerana beliau memang ada banyak bakat yang boleh disumbangkan. Sebagai seorang pelakon, beliau sangat berkemampuan dalam memberikan persembahan yang pelbagai kepada filem. Sudah lama saya menunggu masa untuk bekerjasama dengan beliau tetapi saya perlukan seorang watak yang bersesuaian serta tarikh penggambaran filem yang boleh dimuatkan dalam jadual hariannya yang padat. Untuk menunggu masa luangnya bukan sesuatu yang mudah dan saya bekerja keras untuk hal tersebut.
Cara mengalahkan watak jahat dengan menyanyikan lagu kanak-kanak adalah sebuah pilihan yang menarik. Bagaimana anda dapat idea tersebut?
Saya banyak menyanyikan lagu kanak-kanak semenjak dari kecil lagi. Seperti yang sudah diberitahu, saya juga pernah terlibat dalam rancangan kanak-kanak. Sebagai seorang pengacara. Saya sangat menyukai lagu kanak-kanak dan berasakan untuk menyentuh hati watak jahat tersebut, lagu sedemikian adalah senjata yang sesuai kerana sifatnya yang suci.
Dengar kata filem anda ini merupakan sebuah prekuel kepada “A Chinese Odyssey”, tetapi persamaannya hanya terletak pada watak dan petikan “sejuta tahun” dalam filem. Bagaimana para penonton boleh mengaitkan filem baru anda ini dengan dua filem yang sebelumnya?
Sebenarnya, semua itu tidak penting sekiranya penonton boleh mengaitkan ataupun tidak kerana filem ini secara asasnya sudah berbeza walaupun menggunakan lagu tema yang sama. Tetapi, kalau boleh, saya inginkan Show menyanyikan lagu tema tersebut sekiranya beliau seorang perempuan.
Apakah perbezaan di antara “Journey To The West” dengan dua filem arahan anda sebelum ini?
Sebelum filem ini, kami tidak banyak bertumpukan kepada efek khas dan watak jahat. Tetapi pada kali ini pula, kami inginkan watak jahat itu kelihatan lebih menyerlah pada skrin dan berikan efek yang tidak pernah dilihat oleh penonton pada sebelum ini. Sebagai contoh, Raja Monyet merupakan watak yang sentiasa berubah dengan kuasa yang dimiliki. Dalam cerita saya, dia tak boleh dilihat sebagai satu imej sahaja. Dia boleh menjadi orang, seekor monyet mahupun raksasa. Efek yang kami gunakan mungkin tidak setanding Hollywood tetapi ini tidak bermakna kami tidak mampu menandingi mereka. Kami masih mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
Adakah anda masih ingin mengimpikan watak utama dalam filem akan datang? Para penonton sudah tentu berasa kecewa sekiranya tidak dapat melihat anda di layar perak.
Benarkah mereka akan kecawa? Saya tidak berasa begitu.
Ya, sudah tentu! Semua orang berkata sedemikian setelah menonton “Journey To The West”!
Sudah tentu, saya masih akan membuat kemunculan di skrin. Saya sudah ada beberapa rancangan untuk berbuat begitu tetapi watak yang dipegang haruslah menarik dan sesuai dengan diri saya. Sebenarnya, saya juga sedang dalam persediaan untuk watak sebegitu.
Bolehkah anda menceritakan sedikit mengenai watak yang akan dipegang dalam filem baru?
Watak ini adalah seseorang yang akan berada di zaman moden. Ianya lebih mudah, tidak seperti watak lain yang dipegang oleh saya sebelum ini dalam filem yang berlatarkan zaman silam.
Bagaimana rasanya untuk menjadi seorang pengarah bagi “Journey To The West”? Mengapa anda tidak mahu berlakon dalam filem arahan anda sendiri?
Antara sebabnya adalah “Journey To The West” merupakan sebuah filem yang sukar untuk dibuat. Saya pun sudah lama memikirkan hal ini. Untuk mendapatkan hasil filem yang terbaik, saya perlu beraksi sebagai pengarah sepenuhnya. Sebelum ini juga, saya sudah berkali-kali menjadi pengarah dan pelakon dalam filem yang sama. Tetapi untuk filem ini, saya sedar bahawa saya tak akan dapat membuat sebuah filem yang baik sekiranya saya mengarah dan berlakon. Jadi, akhirnya, saya memilih untuk menjadi pengarah sepenuh masa.
Sekiranya anda diberi peluang untuk membintangi “Journey To The West”, watak mana yang ingin anda pegang?
Jika saya boleh memilih, saya inginkan watak Putera Mati Pucuk yang dipegang oleh Show sebab saya pun merupakan seseorang yang sentiasa berasa kosong, keseorangan dan berperwatakan dingin (ketawa).
Peminat dari Malaysia sudah tentu tidak sabar menunggu “Journey To The West”. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama kami, Stephen.
Sama-sama.
Monday, February 11, 2013
Stephen Chow dan perjalanan epik beliau...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah
Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...
-
Sayur bayam mengandungi vitamin A, vitamin B, vitamin C, zat besi, dan kalium. Bayam sememangnya memiliki banyak khasiat dan manfaat untu...
-
Kredit gambar utama: Pexels Kesan gigitan nyamuk pastinya meninggalkan rasa yang terlalu gatal. Jadi untuk menghilangkan rasa gatal terse...
-
Kadang-kadang kita buntu nak makan apa untuk sarapan, atau kita terlalu suntuk masa untuk packing makanan tengah hari. Mari kita berkong...
best...;)
ReplyDelete