Saturday, February 16, 2013

[Tutorial] Bermain PS2 di laptop atau PC



Kali ini ingin mengajar para pembaca sekalian cara untuk bermain Playstation 2 di Laptop atau PC anda tanpa masalah. Sebelum itu , sedikit tentang info tentang PS2. Playstation 2 merupakan konsol kedua keluaran Sony dan terdiri daripada 2 jenis iaitu PS2 original, dan PS2 Slim. Pada survey yang dilakukan pada tahun 2012 jumlah penduduk mengunakan PS2 lebih banyak berbanding pengunaan PS3 dan Xbox 360. Mungkin kerana harga game yang jauh lebih murah membantu pengunaan PS2 di seluruh dunia. 


Kali ini ingin mengajar kepada anda cara untuk bermain PS2 di laptop atau PC . Maklumlah, kita bila dah tua ni tak ada masa sangat nak lepak kat rumah . Most of the time , dengan laptop je. Jangan risau, cara yang kami ajar memudahkan anda meletakkan game dan konsol ini kedalam external harddisk anda supaya mudah dibawa kemana-mana. Otakukini akan memberi langkah untuk bermain game ini, terlebih dahulu sila semak minimum spec laptop atau PC anda seperti dibawah sebelum mula bermain.


Antara Screenshot bila bermain di Laptop
  • Minimum Requirements:
  • Windows 2000
  • A CPU that supports SSE2 (Intel Pentium 4 or AMD Athlon 64)
  • A GPU that supports Pixel Shader 2.0 (NVIDIA GeForce FX 5200 or ATi Radeon 9500)
  • 512 MB of system RAM
  • 2.4 gh processor
  • Recommended Requirements:
  • Windows Vista
  • Intel Core 2 Duo or AMD Athlon X2
  • NVIDIA GeForce 8400 GS or ATi Radeon HD 2400 Pro
  • 2.7gh processor


Seperti dilihat diatas , anda perlu download software yang dinamakan sebagai PCSX2 yang membolehkan anda bermain game ini pada pc dan laptop. Mungkin ada tertanya , yang software ini hanya untuk window je ke? Jangan risau akan kami berikan link bagi linux juga

Tutorial

1.Anda perlu download software mengikut OS anda iaitu Linux atau Windows. Download di Otakukini.blogspot.com

Sebelum itu, anda kena download versi terbaru iaitu PCSX2 1.0.0 Standalone Installer - Version:1.0.0. Setelah berjaya untuk muat turun software itu , sila install di laptop/PC anda. Kemudian , klik logo PCSX2 di desktop anda . Akan keluar gambar di bawah.


Kalau ada gambar ini , meaning semua okay. Tak perlu risau.


Akan keluar configuration Ini


Ni pula pemilihan bahasa menu. Kalau nak pilih BM , pilih Malay dan tekan apply


Ni Pula pilihan setting untuk anda. Kalau tak tahu tekan next.


Ni Pula pemilihan Bios PS2. Pilih je USA V.02.00 dan tekan Finish


Anda akan dibawa ke menu utama.


Seperti yang anda lihat. Sekarang tiba untuk bermain game. Sekiranya anda ingin mengunakan DVD game PS2, sila pilih plugin. Anda akan diminta untuk memasukan DVD Game. Kalau malas, pilih ISO, dan klik ISO Selector untuk memilih game yang anda ingin main.


Pilih iso selector dan pilih game pilihan anda yang telah anda download. Jangan risau kami akan ajar dimana untuk mendapatkan game tersebut secara percuma. Di screen ini kami pilih game God Of War 2.


Selepas puas memilih game, bawa mouse anda ke system>boot CDVD fast untuk mula bermain.


Game dah on , anda sudah boleh mula bermain. Enjoy.


Jangan lupa untuk buat setting controller anda . Pergi ke config>controller>plugin setting

Perhatian: Bios kena download berasingan dan hendak di pindahkan ke folder bios pcsxe yang anda install tadi. Nak download bios pergi ke sini.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...