Sunday, June 23, 2013

Maxis Home Fiber + Astro IPTV : Astro dan Maxis Tawar Nilai Terhebat Dalam Hiburan dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi



Astro dan Maxis kini telah berkolubrasi bagi memberi pelbagai manfaat kepada pelanggan sedia ada dan pelanggan baru. Kini anda semua boleh menikmati perkhidmatan jalur lebar terpantas dari Maxis bersama rangkaian siaran kegemaran anda dari Astro.
Astro-Byond-IPTV-with-Maxis-Home-Fibre-Internet-7
Mark Dioguardi, Joint Chief Operating Officer, Maxis Berhad, YM Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, Chairman, Maxis Berhad, Dato' Rohana Rozhan, Chief Executive Officer, Astro Malaysia and Liew Swee Lin, Chief Commercial Officer, Astro Malaysia

Kini rakyat Malaysia dapat menikmati Astro TV, jalur lebar berkelajuan tinggi dan perkhidmatan ‘home voice’ terbaik melalui Astro B.yond IPTV dengan Maxis.
YM Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Maxis Berhad berkata, “Sebagai satu-satunya pembekal perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia, kami begitu komited dalam mencapai agenda jalur lebar negara dan mencapai visi kami untuk memperkayakan kehidupan para pelanggan. Rekod prestasi Maxis dalam bidang inovasi dan perkongsian telah membuka satu kemungkinan dunia digital kepada pelanggan kami. Kerjasama yang terjalin antara kami dan Astro akan membolehkan para pelanggan kami menikmati kesemua kandungan kegemaran Astro mereka dari aksi sukan secara langsung ke filem-filem kegemaran, dokumentari menarik serta berita semasa terkini dengan menggunakan sebarang alat peranti pada bila-bila masa dan di mana jua, disokong oleh rangkaian kami yang terpantas dan paling meluas di negara ini. Kami juga akan terus menawarkan variasi kepada para pelanggan terutamanya apabila ia melibatkan perkara yang penting buat mereka.
Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia berkata, “Menyedari keperluan para pelanggan kami yang inginkan lebih kelajuan dan lebar jalur, kami komited untuk membawa para pelanggan kami untuk menikmati pengalaman menonton yang berbeza dengan menyediakan pilihan meluas dalam kandungan dan jalur lebar berkelajuan tinggi serta nilai saranan terbaik.”
Sebagai tambahan pakej Astro TV yang tersedia, Astro dan Maxis dapat menawarkan kepada pelanggan perkhidmatan jalur lebar terluas di negara ini dengan kelajuan dan nilai berganda supaya para pelanggan dapat menikmati antaranya muat turun yang pantas, pengalaman membeli belah dalam


talian yang lebih hebat, penstriman dalam talian yang lebih lancar dan pelbagai permainan dalam talian tanpa gangguan.

Astro-Byond-IPTV-with-Maxis-Home-Fibre-Internet-1
Astro-Byond-IPTV-with-Maxis-Home-Fibre-Internet-2
Astro-Byond-IPTV-with-Maxis-Home-Fibre-Internet-3
Astro-Byond-IPTV-with-Maxis-Home-Fibre-Internet-4
Astro-Byond-IPTV-with-Maxis-Home-Fibre-Internet-5
Astro-Byond-IPTV-with-Maxis-Home-Fibre-Internet-6
Para pelanggan Astro sedia ada boleh memilih perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 10, 20 atau 30Mbps dan menikmati penjimatan dari RM53.30/sebulan, atau memilih dari salah satu pakej Astro B.yond IPTV-Maxis sama ada ValuePack atau SuperPack dengan kelajuan jalur lebar pilihan mereka, seterusnya menikmati penjimatan sehingga RM3,000 dalam tempoh 2 tahun.
Pelanggan Astro B.yond IPTV – Maxis Home Fibre Internet yang melanggan SuperPack, Multi-room atau perkhidmatan Astro On-the-Go (AOTG) akan turut menerima kandungan eksklusif percuma melalui Astro Select bernilai RM25/sebulan. Astro Select menawarkan 10 saluran baru dalam definisi tinggi (HD) serta akses kepada lebih 700 jam kandungan terbaru Video On Demand. Apabila dilancarkan, akan terdapat lima saluran daripada Astro Select: Comedy Central (saluran hiburan komedi 24 jam pertama di Asia Tenggara), HBO Hits, HBO Signature dan HBO Family (3 saluran baru sesuai untuk penggemar filem) serta WeTV (saluran gaya hidup khas buat golongan wanita). 5 lagi saluran HD akan disediakan pada penggal suku tahun akan datang. Astro B.yond IPTV juga menyediakan perkhidmatan Perakam Video Peribadi (PVR) – membolehkan pelanggan menghentikan, memainkan semula dan menghubungkan siri rakaman serta membuat rakaman jauh – dan sambungan jalur lebar ke katalog VOD yang sentiasa dikembangkan.
Tambahan lagi, pelanggan Astro SuperPack juga akan menikmati akses kepada perkhidmatan AOTG secara percuma. AOTG memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk sentiasa mengikuti perkembangan filem Video On Demand, berita terkini, sukan secara langsung serta program kegemaran Astro mereka dengan Astro Select di telefon pintar, tablet ataupun komputer pada bila-bila masa dan di mana jua – sama ada melalui WiFi atau rangkaian 3G atau 4G berkelajuan tinggi Maxis.
Dengan penawaran ‘triple play’ Astro dan Maxis ini, pelanggan juga boleh memilih untuk menambah perkhidmatan Home Voice pada hanya RM20 sebulan untuk menikmati kredit panggilan bernilai RM30 ke mana-mana nombor tempatan atau antarabangsa serta panggilan tanpa had ke nombor talian tetap Maxis.
Pelanggan yang berminat boleh melawat pusat pelanggan Astro atau Maxis terdekat, atau pengedar/penjual sah. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej yang perlu dimiliki ini dan untuk menyemak sama ada perkhidmatan ini terdapat di kawasan tertentu, pelanggan boleh melayari www.astro.com.my/iptv or www.maxis.com.my/astro
Bagi anda pelanggan sedia ada ASTRO B.yond IPTV atau Maxis Home Fibre Internet yang ingin menggunakan perkhidmatan ini dengan memudahkan urusan pemasangan, pertukaran atau apa-apa keraguan, anda boleh rujuk pusat perkhidmatan pelanggan berdekatan anda.
Jika anda selesa menonton siaran ASTRO melalui gadget anda, anda akan lebih selesa jika menggunakan Maxis Home Fibre Internet walau dimana anda berada di dalam rumah.
Sebagai contoh pakej langganan saya adalah Maxis Home Fibre Internet RM 148 (10 mbps + 100 gb (buat masa ini masih unlimited)) + Astro B.yond IPTV Family Pack RM 37.95 : RM 185.95. Bayaran bil saya menjadi lebih mudah kerana saya hanya perlu bayar kepada Maxis di kaunter khidmat pelanggan mereka di E@Curve.
Urusan bil lebih mudah apabila salah satu perkhidmatan disatukan. Hehehe. Bila menggunakan Maxis Fibre, anda tidak perlu risau dengan rancangan ASTRO IPTV tergendala kerana hujan lebat lagi.

Sumber

Berminat mahu melanggan  Maxis Home Fiber + Astro IPTV
Contact: Harith
email : chulax12@gmail.com
Pendaftaran online : 

http://www.emailmeform.com/builder/form/7C36aymT69b0SqHQb4tXE7n
Phone: 0192595019(SMS/WHATSAPP sahaja)~24jam~

Dokumen yang diperlukan:-
Pakej Kediaman
Scan/copy IC(front/back) dan borang pendaftaran(pilihan) dengan tandatangan - Guna kamera juga boleh tapi mesti boleh dibaca dengan jelas.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...