a. Jika pasangan anda suka berbohong pastilah merupakan sesuatu yang menyakitkan. Ketidakjujuran merupakan sesuatu yang dapat merosakkan hubungan yang telah terjalin, terutama pada pasangan tercinta. Dalam situasi yang tertentu, berbohong lebih baik daripada berkata benar. Misalnya teman anda menanyakan pada anda apakah dia kelihatan gemuk ? Tentu sahaja anda tidak akan mengatakan secara jujur bahawa dia gemuk. Kerana bukan itulah jawapan yang diinginkannya. Tetapi terhadap pasangan kita, kita haruslah jujur. Bila sekali sahaja anda berbohong, maka akan menjadikannya sebagai suatu kebiasaan. Sekali berbohong maka anda akan mencari alasan lain lagi untuk menutupi kebohongan yang pertama, yang dapat menimbulkan stress. Anda tidak akan hidup tenang.
b. Apakah Pasangan Anda Selalu Berbohong?
i. Bahasa Tubuh - Perhatikan bahasa tubuh pasangan anda sewaktu dia berbual dengan anda. Anda akan mengetahui apakah dia jujur atau tidak. Tanda-tandanya ialah antara lain, dia gugup ketika berbicara, berpeluh, atau tidak tenang ketika bercakap dengan anda.
ii. Kontek mata sewaktu bercakap - Lihat matanya semasa dia bercakap, sehingga anda akan tahu dia jujur atau berbohong. Orang yang sedang berbohong pasti tidak tahan bila direnung matanya.
iii. Tiada komitmen pada apa yang dikatakannya - Jika pasangan anda berjanji untuk menemani anda pergi ke sesuatu tempat, tetapi dia selalu saja membatalkannya, maka anda perlulah curiga terhadap alasannya.
iv. Apabila anda merasa tidak dapat lagi mempercayai pasangan anda, perlu anda mengutarakan hal ini padanya. Cubalah untuk jujur dalam situasi apa pun terutama terhadap pasangan tercinta.
No comments:
Post a Comment