Sunday, June 2, 2013

Tip Dapatkan Anak Ketika Melakukan Hubungan Seks



Tip Dapatkan Anak Ketika Melakukan Hubungan Seks



Tip Dapatkan Anak Ketika Melakukan Hubungan Seks - Berikut adalah senarai tip bagaimana hendak dapatkan anak ketika melakukan hubungan seks.

- Setiap kali tiba waktu subur, anda lakukan hubungan seks dengan pasangan anda. Ambil tahu bila waktu ovulasi akan berlaku dan lakukan hubungan seks sehari atau dua hari sebelum ovulasi berlaku. Sperma boleh hidup di dalam rahim wanita sehingga lima hari. Jadi, apabila proses ovulasi berlaku sperma boleh terus bergabung jika anda lakukan hubungan seks sebelum berlaku proses ovulasi.

- Bagi lelaki, jangan sesekali anda pancutkan air mani anda di luar rahim pasangan anda. Sentiasa pancut di dalam rahim. Kadangkala, rezeki akan datang tanpa kita sedari.

- Hindari memancutkan sperma ketika dalam posisi woman on top kerana rahim tidak dapat menyimpan sperma dalam jumlah yang banyak. Lepaskan sperma ketika posisi missionary adalah terbaik untuk memastikan rahim boleh menyimpan sebanyak mungkin sperma.

- Mulakan hubungan seks dengan aktiviti pemanasan seperti bercium atau seks oral. Pastikan anda dan pasangan anda betul – betul bersedia secara emosi dan fizikal sebelum melakukan hubungan seks. Zakar yang benar – benar keras akan memastikan sperma akan memancut jauh ke dalam rahim apabila ejakulasi tiba manakala wanita yang terangsang secara emosi dan fizikal akan membantu vagina memberi laluan sperma ke rahim.

- Lakukan hubungan seks yang kerap dengan pasangan anda. Semakin anda dan pasangan anda serasi ketika melakukan hubungan seks, semakin mudah untuk dapat anak. Ini kerana fizikal badan anda akan bertindak secara spontan membantu anda untuk dapatkan anak. Tindakan spontan ini hanya berlaku jika anda berdua serasi. Kadangkala anda sendiri akan tahu bila untuk adakan hubungan seks untuk dapatkan anak.

- Jangan lakukan seks dalam keadaan tertekan kerana ia akan menyulitkan anda untuk dapat anak. Lakukan hubungan seks dengan rasa seronok, tenang dan sentiasa fokus untuk berikan yang terbaik pada pasangan anda. Perasaan tertekan akan menyebabkan anda hilang fokus ketika melakukan hubungan seks.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...