Shopping Di Tesco Secara Online Di Rumah
Antaranya, dapat membeli barangan yang diperlukan sahaja. Kalau pergi beli sendiri di Tesco, tau-tau je la, kadang-kadang tewas juga, bila nampak barangan yang ditawarkan pada harga murah, dan akhirnya berbelanja melebihi apa yang diperlukan.
Sebaik sahaja membuat tempahan, pengguna boleh memilih masa penghantaran, dan
membuat pembayaran setelah menerima barangan. Namun, untuk tujuan harga, Tesco
menggunakan istilah “Guide Price“, dimana ia berdasarkan kepada harga hari penghantaran
dan bukannya ketika tempahan.
Untuk permulaan, Tesco Malaysia mengenakan RM10 bagi setiap penghantaran. Kalau difikirkan, bayaran yang dikenakan tu memang berbaloi, berbanding datang sendiri ke Tesco. Pengguna boleh menjimatkan banyak masa, minyak kereta, makan minum direstoran berdekatan dan banyak lagi. Kalau dihitung semua, mungkin melebihi dari kadar yang dikenakan.
Bagi yang berminat, anda boleh mendaftar dan seterusnya menyemak harga promosi yang ditawarkan, mulai hari ini di Tesco Store Malaysia Online Shopping.
Sumber
No comments:
Post a Comment