Friday, August 2, 2013

Khasiat lemon

Lemon telah lama digunakan dalam masakan dan minuman sejak berzaman dulu kerana khasiatnya yang banyak dari segi kesihatan dan sebagai penambah rasa yang enak. Demi menjaga kesihatan, jangan lupa bubuh jus/hirisan lemon dalam minuman dan makanan anda.

lemon

Dari segi kesihatan, lemon dikatakan mempunyai pelbagai khasiat, di antaranya ialah:
1. Kulit
Lemon mempunyai ciri anti-bakteria dan anti-virus secara semulajadi, menyebabkannya telah lama digunakan bagi menjaga kecantikan kulit. Kesannya akan lebih baik jika lemon diambil bersama dengan bahan-bahan fitokimia dan anti-oksidan.
2. Pembersih hati (hepa)
Lemon membantu membersihkan hati yang memproses toksin dan hormon-hormon dalam badan.
Caranya ialah dengan menambah air perahan lemon ke dalam air putih, dan amalkan minum pada waktu pagi bagi membersihkan hati dan menguatkan sistem imun badan.
3. Anti-radang
Lemon secara semulajadinya adalah asidik, tetapi ia sebenarnya adalah membentuk alkali, iaitu ia akan menjadi alkali di dalam badan. Oleh itu, lemon sesuai digunakan sebagai anti-radang, terutamanya bagi pengidap artritis.
4. Turunkan berat badan/pembersihan
Lemon adalah buah yang berkhasiat membersihkan darah dan membantu melancarkan sistem penghadaman. Perah lemon ke dalam makanan atau minuman bagi membantu badan memetabolismakan makanan yang diambil dengan banyak, ini secara tidak langsung lemon dikatakan mampu menurunkan berat badan.
5. Sakit gigi
Lemon juga boleh membantu mengurangkan rasa sakit gigi dan memberhentikan pendarahan di gusi. Caranya ialah dengan membubuh jus lemon di kawasan gusi yang giginya sakit.
6. Selaran matahari (sunburn)
Sapu jus lemon di atas kulit bagi menghalang selaran matahari yang teruk di kulit.
Lemon juga merupakan anti-septik semulajadi, oleh itu lemon boleh digunakan bagi merawat jerawat dan ekzema.
7. Sakit tekak/selesema
Dengan ciri anti-bakteria semulajadi, perahan air lemon dalam minuman dan makanan dapat membunuh bakteria tidak baik dan mempercepatkan proses penyembuhan. Fungsi lemon ini akan lebih berkesan jika jus lemon dikisar bersama dengan campuran seleri, timun dan halia, dan dibuat macam smoothie.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...