Ramai suami tewas awal pada malam pertama kerana tidak ada keyakinan untuk bersetubuh. Keyakinan memainkan peranan penting dalam hubungan seks kerana ia mencetus motivasi untuk terus ke hadapan. Hubungan seks akan kurang nikmatnya jika anda ragu – ragu atau gementar.
Bagi lelaki anda perlu sedar bahawa seks adalah satu perkara yang seronok untuk di lakukan dan ia boleh beri kepuasan kepada diri anda dan pasangan anda. Anda perlu lakukannya dengan perasaan cinta terhadap isteri anda. Ketika anda mula meraba – raba pasangan anda, anda perlu lakukannya dengan rasa sayang dan cinta.
Dari perasaan rasa sayang dan cinta inilah keyakinan akan timbul dalam hati anda. Jangan takut atau risau untuk mula bersetubuh. Dari rasa sayang dan cinta, anda cium dan raba isteri anda. Kemudian nafsu anda sendiri akan mula membimbing anda untuk lakukan hubungan seks.
Setiap manusia ada ilmu untuk lakukan seks. Jadi anda jangan risau jika anda tersilap langkah atau tidak. Fokus pada rasa cinta dan sayang anda, semuanya akan terbuka untuk anda.
Seks melibatkan emosi dan fizikal. Dari emosi yang membuak – buak, fizikal anda akan bergerak dengan sendirinya. Fokus untuk puaskan pasangan anda dan berikan yang terbaik pada isteri anda. Wanita biasanya akan alami orgasm ketika mereka benar – benar tenggelam dalam lautan cinta seks.
No comments:
Post a Comment