Saturday, August 17, 2013

Tips Mendapatkan Kelulusan Akaun Google Adsense Dengan Cepat




Beliau pernah cuba daftar akaun adsense sebelum ini tetapi gagal. 
Jadi kepada saudara, 
saya cuba membantu sedikit sebanyak maklumat ...
bagaimana hendak mendapatkan kelulusan akaun Google Adsense dengan cepat

Harap warga wangcyberians juga dapat manfaat daripada tips/post saya hari ini. 
Jika ada salah silap kata atau salah ejaan, 
saya meminta maaf terlebih dahulu kepada anda semua. 
Al-Maklumlah, post pertama saya ini berkaitan dengan tips dan ...
panduan jadi jika anda mempunyai sedikit sebanyak maklumat atau ...
apa kata cuba kongsikan di topik ini?

Perkara yang anda harus ingat.

​1. Apabila permohonan Adsense anda tidak diluluskan 
(jika anda telah memohonnya sebelum ini)
ada sebab yang tertentu disebaliknya dan...
tidak semua permohonan adsense anda akan diluluskan tanpa sebarang sebab. 

2.Kesilapan boleh berlaku kerana setiap permohonan anda...
diteliti dan dikaji oleh seorang "manusia" di sebalik ...
takbir pengurusan Adsense ini dan yang paling penting anda jangan pernah berhenti mencuba!

Bagaimana Untuk mendapatkan 
kelulusan akaun Adsense dengan cepat?

Kebanyakkan pengguna internet lebih 
cenderung untuk melawati domain TLD (Top Level Domain)...
daripada sub-domain (cintaitu.buta.com) dan...
juga free domain seperti .Co.cc,.Tk, 
dan lain - lain yang dianggap tidak selamat untuk Adsense...
kerana kebanyakannya digunakan oleh penghantar spam. 
Jadi jika anda menggunakan sub-domain (terutamanya Blogspot) 
atau domain co.cc atau domain tk, permohonan anda mungkin akan ditolak. 

Blog Blogspot boleh diluluskan untuk sesuatu sebab, 
jika ia benar-benar sebuah blog yang baik. 
Domain .tk dan domain co.cc mempunyai kelulusan akaun Adsense kadar yang amat rendah.

Saya lebih suka menyarankan anda untuk menggunakan ...
domain TLD (seperti .com, .net, .info) semasa memohon ...
akaun Google Adsense. Anda boleh mendapatkan domain yang baik...
dari Godaddy Auctions, Flippa atau Sédo jika anda tidak boleh ..
memikirkan satu nama domain yang baik atau jika anda mencari ...
domain yang lama kerana mereka mempunyai kadar kelulusan yang lebih tinggi.

Membuat semakan keseluruhan 
Kualiti Laman Web Anda

Sebelum anda memohon Google Adsense, 
semak kualiti "contents" laman web anda sebelum...
mendaftar akaun google adsense. 
Anda tidak perlu mengupah sesiapa untuk melakukan ini. 
Anda sebenarnya boleh membuat semakan kualiti laman web anda sendiri. 

Berikut adalah cara bagaimana anda boleh melakukannya:

1.Mengkaji kandungan laman web anda. 
Pastikan anda mempunyai kira-kira 50 artikel di laman anda
Artikel berkualiti adalah lebih baik sebelum anda memohon akaun google adsense. 

2.Semak log dan jumlah trafik dari semasa ke semasa yang melawati ke laman web anda. 
Jika anda mendapat banyak pelawat dari enjin carian, 
terutamanya Google (memandangkan Adsense adalah sebuah syarikat Google) 
laman anda mempunyai kelebihan yang tinggi.

3.Jelajah ke beberapa muka surat laman web anda dan ...
lihat jika mereka mempunyai backlink (topik oleh saudari amilia). 
Anda boleh menggunakan Majestic SEO ini. 
Jika laman web anda tidak mempunyai backlink, 
anda harus membina backlink laman web anda ini. 
(lihat topik Teknik Bagaimana Buat Backlink Separa Malas oleh saudara VaX)

Walaupun ini bukan salah satu langkah yang perlu, 
tetapi ianya boleh membantu meningkatkan kadar kelulusan permohonan Adsense.

4.Membuat penyemakan tentang kedudukan laman web anda di laman web sosial
Jika laman web anda sering dikongsi di Facebook, 
Twitter, Google+ atau di laman web social bookmarking seperti StumbleUpon, 
Reddit dan lain lain, kemungkinannya adalah...
tinggi untuk permohonan Adsense anda akan diluluskan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...