Thursday, September 12, 2013

BUKU Panduan untuk IBU MENGANDUNG

Salam

Antara buku yang boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk bakal ibu dan bapa bagi persediaan untuk menyambut kelahiran anak.


1.Prophetic Parenting: Cara Nabi Mendidik Anak



Berdasarkan kajiannya terhadap Sirah Nabawiyah dan As-sunnah, penulis mengungkapkan bahwa pendidikan bagi anak bermula dari ketika kedua orangtua menikah. Kemudian hubungan kedua orangtua, kesalehan mereka dan kesepakatan mereka dalam melakukan kebajikan, memiliki pengaruh yang cukup kuat dalam membentuk sisi psikis dan kecenderungan bagi sang anak.

Dalam buku ini penulis mengetengahkan pentingnya pertumbuhan anak di gendongan ibunya, keluarganya dan lingkungannya serta hubungan kekerabatan dengan kedua orangtua dan karib-kerabatnya. Juga tentang pentingnya menjaga nilai-nilai islami dalam masa pertumbuhannya dan membiasakannya untuk selalu berpikir.

Penulis juga menekankan tentang pentingnya memakai berbagai media dan alat peraga yang sesuai dengan usia anak. Itu semua beliau simpulkan dari metode pendidikan Islam, hadis-hadis Nabi Shallallâhu ’alayhi wa Sallam dan pernyataan para pakar pendidikan Islam.

“Setiap keluarga Muslim membutuhkan buku ini untuk diletakkan dalam perpustakaan pribadi dan ditelaah, kemudian seluruh petunjuk kenabian yang terdapat di dalamnya diaplikasikan dalam bentuk amal nyata.”
Doktor Mahmud ath-Thahhan
(Ketua Jurusan Tafsir dan Hadits, Fakultas Syariah Universitas Kuwait)


RM55 sahaja(Tambah RM6 untuk kos penghantaran)
2.AMALAN IBU MENGANDUNG


Kehamilan telah dilalui oleh jutaan manusia sejak Nabi Adam a.s. dan telah me-gembangbiakkan zuriat di atas muka bumi ini. Dari-pada risiko penyakit dan kematian bayi yang tinggi seperti kebanyakan ne-gara-negara di Afrika dan sebahagian negara di ran-tau Asia, peningkatan tek-nologi perubatan dan penyelidikan moden telah berkembang pesat untuk menjadikan kelahiran se-bagai “sifar risiko”.

RM19.90(Tambah RM6 untuk kos penghantaran)

3.Detik Kelahiran Si Permata Hati : Kisah Benar Pengalaman Ibu Menghadapi Saat Melahirkan Anak



Setelah disahkan hamil, saat itu adalah detik yang paling indah dalam diari si ibu. Temu janji bersama doktor bagi tujuan pemeriksaan si bayi sentiasa ditunggu-tunggu. Ketika doktor melakukan ujian imbasan, si ibu tidak sabar untuk menatap. Apa khabar agaknya si permata hati di dalam kandungan, sihatkah dia? Persiapan buat kelengkapan permata hati yang bakal lahir juga dilakukan seawalnya. Pantang ada jualan murah barangan bayi, si ibulah orang pertama membeli, terutamanya ketika saat menunggu kelahiran anak pertama. Alahan yang menguji kesabaran di awal kehamilan, susah hendak tidur malam, kejang kaki, pening kepala, sakit pinggang sehinggalah kepada kesakitan semasa melahirkan, semua ini akhirnya bersatu menjadi kenangan indah setelah bergelar ibu. Proses kelahiran sememangnya penuh warna-warni. Tibanya saat melahirkan itu, ada wanita yang terpaksa berjuang sendirian, tanpa suami ataupun ibu di sisi. Ada yang hampir-hampir melahirkan anak di tempat parking kereta hospital. Ada pula yang terpaksa melalui pembedahan kerana si ibu sudah keletihan dan denyutan jantung bayi semakin lemah. Semua pengalaman dikongsikan bersama di dalam buku ini. Ikuti himpunan cerita ibu-ibu sepanjang proses melahirkan anak pertama dan panduan semasa melahirkan si permata hati yang sentiasa dinantikan kehadirannya ini.

ISI KANDUNGAN

Testimonial Detik Kelahiran

Penghargaan

Mukadimah

1. Menjadi Bakal Ibu yang Berilmu

2. Pengalaman Melahirkan Secara Normal Bersalin Normal Tanpa Komplikasi Bersalin Normal Secara Dibantu (Assisted Delivery) Bersalin Normal dengan Mengambil Epidural

3. Pengalaman Melahirkan Secara Caesarean

4. Natural Childbirth

5. Teknik-teknik Natural Childbirth

6. Aplikasi Teknik Natural Childbirth

Nota Hujung

Rujukan

Biodata Pengarang

Lampiran: Contoh Birth Plan

RM20 sahaja(Tambah RM6 untuk kos penghantaran)

4.Zuriat Biologi : Reproduksi Rekaan Dari Perspektif Islam



Buku ini hasil terjemahan beberapa kitab pengajian kuliah di Universiti al-Azhar, Mesir diadun dan diolah semula bagi mendapatkan kesepaduan dan mengimbangi kekurangan yang ada dengan menambah petikan akhbar dan majalah, fatwa ulama dan rujukan beberapa kitab sampingan.

Persoalan tentang penemuan teknologi reproduksi buatan bagi mendapatkan zuriat mula disentuh oleh sarjana Islam, Dr. Ahmad al-Hajji al-Kurdi pada awal tahun 70-an.

Proses reproduksi buatan yang dinamakan ‘bayi tabung uji’ ini mengajak kita untuk membincangkan dan memikirkan adakah usaha ini bertentangan dengan pernyataan Allah dalam al-Quran?

Adakah usaha para saintis perubatan yang berjaya mengetahui jantina janin yang masih berada di dalam rahim telah memberi cabaran terhadap keesaan ilmu Allah?

Harapan semoga penulisan ini dapat membantu umat Islam seluruhnya dalam memahami permasalahan berkaitan persoalan yang dibentang serta berpegang teguh terhadap syariat Allah sebagai pedoman hidup.



Bayi Tabung Uji

- Sejarah bayi tabung uji

- Mengekal zuriat cara Islam

- Ke arah menghasilkan keturunan.

- Kehamilan dan kemandulan.

- Galakan mendapatkan rawatan.

- Pendedahan aurat bagi tujuan perubatan.

Bantuan Penghamilan

- Faktor-faktor yang memerlukan bantuan penghamilan.

- Hukum Onani

- Aplikasi janin manusia dalam penyelidikan dan perubatan.

Pesum

Dari segi definisi bahasa dan istilah pakar fikah.

Persenyawaan Dalaman.

Persenyawaan In-Vitro.

- Penggunaan Sperma/ Ovum daripada orang luar.

- Hukum menyumbang sperma ataupun ovum kepada pihak lain.

- Hukum menyewakan haiwan jantan bagi tujuan baka atau pokok jantan bagi didebungakan.

Perspektif Islam pada Bantuan Persenyawaan Buatan

-Keadaan yang boleh persenyawaan dengan bantuan perubatan

-Keadaan yang haram persenyawaan dengan bantuan perubatan.

-Persenyawaan bantuan perubatan antara benih suami isteri yang bercerai ataupun meninggal dunia.

-Persenyawaan tanpa sperma dan ovum.

-Kesan rentetan daripada persenyawaan bantuan perubatan

- Kesan anak daripada ovum ataupun sperma bukan suami isteri.

- anak pungut.

Sewa Rahim atau Rahim Tumpang

- Perjanjian sewa rahim menurut Islam.

- Hukum Islam pada penyewaan rahim.

- Percanggahan fatwa Dr. Mut'ie Bayumi

- Jawapan kepada fatwa Dr. Mut'ie Bayumi

- Kesan-kesan bakal timbul daripada penyewaan rahim.

- Kesan undang-undang dan tatasusila masyarakat.

Bagaimana Islam Mengesahkan Keturunan Bayi Tabung Uji?

- Hukum yang membolehkan.

- Hukum yang diharamkan.

- Haram meletakkan anak angkat berbinkan bapa angkat.

Memilih Jantinan Janin Mengikut Perspektif Islam?

- Bagaimana Menentukan Janin?

- Perbahasan Sarjana Islam mengenai penentuan janin.

Perancang Keluarga: Adakah Dibolehkan?

- Isu 'azal dan penjelasan Sarjana Islam.

Kaedah Fikah dalam Memahami Zuriat Biologi

Bibliografi.


RM25 sahaja(Tambah RM6 untuk kos penghantaran)

5.Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin Serta Panduan Menamakan Bayi



MENGANDUNG atau kehamilan merupakan harapan dan impian sesebuah perkahwinan. Waktu mengandung juga banyak merubah emosi dan fizikal setiap isteri ataupun suami. Oleh sebab itu, banyak amalan-amalan yang harus para suami dan isteri lakukan semasa isteri hamil agar zuriat yang dilahirkan menjadi generasi cemerlang baik di dunia mahupun di akhirat.

Ibu yang bijaksana tidak akan mengabaikan kesihatan dirinya. Semasa pantang ia akan mengamalkan berbagai kaedah kesihatan agar tubuhnya sihat dan cergas. Disamping itu ia juga menjaga emosinya agar tidak terganggu ketika proses mengandung dan kelahiran yang akan ditempuhinya. Setelah cahaya mata yang ditunggu-tunggu lahir ke dunia, ibu dan ayahnya akan memberikan nama yang baik untuk anak kesayangan mereka.

Buku ini memudahkan suami isteri melakukan amalan semasa isteri mengandung dan menjaga kesihatan ketika pantang, serta memberikan nama pada bayi. Semoga ada manfaatnya untuk kita semua, insya Allah.



KANDUNGAN

Bab 1: Bimbingan Bagi Wanita Mengandung
Bab 2: Beberapa Masalah Ketika Mengandung
Bab 3: Amalan Semasa Mengandung
Bab 4: Beberapa Pedoman Wanita Mengandung
Bab 5: Mengatasi Sakit Bersalin
Bab 6: Amalan Suami Ketika Isteri Mengandung
Bab 7: Tanggungjawab Bapa Terhadap Kelahiran Anak
Bab 8: Kesihatan Ibu Setelah Bersalin
Bab 9: Petua-Petua Masa Mengandung Dan Masa Pantang
Bab 10: Menjaga Kesegaran Jasmani Ketika Mengandung
Bab 11: Pemulihan Kesihatan Setelah Melahirkan
Bab 12: Panduan Menamakan Bayi
Bab 13: Surah-Surah Pilihan


RM13 sahaja(Tambah RM6 untuk kos penghantaran)

6.Kehamilan Dari Prakonsepsi Sehingga Kelahiran



Buku ini mengandungi panduan utama untuk fasa awal kehamilan, kelahiran, sehingga minggu-minggu terawal bersama bayi baru lahir. BabyCenter adalah sumber rujukan yang boleh dipercayai oleh lebih 16 juta ibu bapa di seluruh dunia.

Buku panduan kehamilan oleh BabyCenter adalah paduan sahabat, ibu, doktor, bidan, dan doktor obstetrik, yang memaparkan gabungan kepakaran profesional antenatal dan tips praktikal daripada para ibu bapa yang pernah mengalami situasi sama.
Kami bersama para ibu bapa dalam setiap langkah, minggu per minggu: dengan maklumat yang diperlukan, bila ia diperlukan, bagi membantu para ibu bapa membuat pilihan terbaik untuk mereka dan bayi.
Apa yang selamat? Apa yang boleh saya makan? Mengapa saya begitu penat dan beremosi? Bagaimana saya akan tahu yang masa bagi melahirkan sudah tiba? Buku panduan kehamilan oleh BabyCenter ini ada jawapan bagi semua pertanyaan ini.
Buku Kehamilan dari Prakonsepsi sehingga Kelahiran ini mengandungi maklumat tambahan daripada BabyCenter Malaysia.

RM60 sahaja(Tambah RM6 untuk kos penghantaran)

7.Diari Hamil



Diari hamil ini disusun untuk kegunaan dan rujukan ibu dan bakal ibu sepanjang tempoh mengandung orang baru yang bakal lahir. Semua orang mengimpikan cahaya mata yang sempurna dan soleh atau solehah. Sebagaimana Allah merancang, anda juga perlu merancang sebuah kelahiran yang cemerlang. Gunakanlah buku ini.

RM26 sahaja(Tambah RM6 untuk kos penghantaran)

8.Surah Amalan Ibu Mengandung


Buku Surah Amalan Ibu Mengandung menghimpunkan surah-surah yang sesuai untuk diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang mengandung. Membaca Al-Quran sepanjang tempoh kehamilan sangat baik untuk perkembangan minda bayi bagi menjadi seorang insan yang beriman dan bertaqwa.

Terdapat beberapa surah yang digalakkan oleh para ulama akan kesesuaiannya untuk menjadi amalan oleh para ibu mengandung seperti surah Maryam, Surah Yusuf dan Surah Luqman.

Surah-surah ini termasuk surah Al-Fatihah dimuatkan dalam buku ini beserta terjemahannya sekali untuk panduan semua.

Buku ini turut disertakan dengan CD bonus bacaan surah-surah tersebut oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamed Khairul Anuar Al-Hafiz.


RM19.90 sahaja(Tambah RM6 untuk kos penghantaran)

9.Zikir Ibu Mengandung




Di saat kehamilan, seorang ibu akan mengalami perubahan-perubahan psikologi. Kegelisahan dan kecelaruan biasanya menghampiri. Apatah lagi, ibu itu mengandung anak sulung. Faktor tekanan jiwa atau stress yang mungkin menjadi masalah tersendiri baginya.

Tapi usah bimbang, jangan khuatir, sebagai seorang muslimah kita mempunyai tips tersendiri untuk mengatasi semua itu. Antara caranya adalah dengan membanyakkan zikir kepada Allah dengan zikir yang sunnahkan. Dengan cara begitu hari-hari ketika mengandung akan terasa lebih bermakna.

Buku ini juga dilengkapi dengan pengetahuan soal pahala yang akan diberikan oleh Allah kepada ibu mengandung. Ini sangat menarik untuk dikaji dan didalami, kerana setiap hembusan nafas ibu yang mengandung dapat memberatkan amalnya di akhirat kelak.

Semoga kita semua diberikan Allah keberkatan dalam setiap usaha kita menjadi insan yang bertaqwa.


RM15 sahaja(Tambah RM6 untuk kos penghantaran)

10.Melahirkan Anak Pencinta Alquran




Buku ini digarap khusus buat pembaca dalam usaha mencorakkan masa depan anak-anak yang berteraskan al-Quran. Pembelajaran dan pendidikan berteraskan al-Quran yang bermula sejak kecil mampu menjamin akidah anak-anak daripada goyah, terseleweng atau terpedaya dengan pelbagai diayah masa kini. Selain itu, didikan supaya mencintai al-Quran sejak kecil juga mampu menghindar anak-anak daripada tergelincir dari landasan Islam yang sewajarnya. Buku ini membawa seribu satu manfaat kepada pembaca kerana dengan lahirnya generasi pencinta al-Quran, maka akan lahirlah umat yang berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dalam semua aspek kehidupan. Buku ini perlu dimiliki kerana ia memaparkan kaedah dan pendekatan untuk mendidik anak mencintai al-Quran. Memberi motivasi dan keyakinan kepada pembaca dalam mendidik anak pencinta al-Quran. Buku ini juga padat dengan nasihat dan kata-kata hikmah yang bakal menyuntik semangat pembaca untuk melahirkan anak yang mencintai al-Quran

RM20 sahaja(Tambah RM6 untuk kos penghantaran)


BERMINAT???

SMS/CALL

0135143437(SAHARUDDIN YUSOFF)

TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment

Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...