Tuesday, September 10, 2013

Ibu bersama tiga anak maut dalam nahas ngeri


Oleh NORAZRIN MARZUKI

HULU LANGAT 9 Sept. - Seorang ibu bersama tiga anaknya maut dalam nahas ngeri selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 8, Jalan Kajang-Banting di Bangi Lama di sini hari ini.

Dalam nahas pukul 12.10 tengah hari itu, kesemua mangsa iaitu Rohaya Md. Rabi, 35, yang memandu kereta tersebut serta anak-anaknya dikenali sebagai Nornabila Al Huda, 9, Nornabila Al Hana, 7, dan Mohd Nabil Loffi Al Hadi, 1, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pemandu lori terlibat dan sebuah lagi kenderaan yang turut terbabit dalam nahas itu cedera parah dan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan. - UTUSAN ONLINE




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ngeri#ixzz2eNaxqRPf


AL-FATIHAH
sedangkan sebahagian daripada kita tidak sedikitpun membaca surah tersebut sebagai hadiah untuk si mati.
Bukankah lebih baik kita menjawab;



Innalillahi wainna ilaihi rojiun

Maksudnya: "Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali"

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...