Thursday, October 3, 2013

Cara Memutihkan Ketiak yang Hitam

Masalah biasa yang kurang menyenangkan ialah kesan hitam di bawah ketiak, yang kadang-kadang amat memalukan terutama bagi mereka yang suka memakai baju tak berlengan (selalunya lelakilah ye!). Tapi ada juga wanita yang suka memakai baju tak berlengan, sama ada di rumah atau di luar. 
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kesan hitam di bawah ketiak, di antaranya ialah:
* Faktor genetik (keturunan).
* Tindakbalas antara bahan kimia (terutamanya merkuri dan alkohol) yang terdapat dalam deodran yang berkualiti rendah dengan peluh yang banyak keluar di ketiak. Bahan kimia ini boleh mengubah warna kulit di kawasan tersebut.
* Ketidakseimbangan hormon.
* Sering mencabut atau mencukur ketiak menyebabkan kawasan yang dicukur tersebut menjadi bertambah nipis berbanding dengan kawasan kelilingnya. Kenipisan kulit ini menyebabkan ia mudah menjadi hitam, lebih-lebih lagi jika selalu menggunakan deodran.
ketiak-hitam
Dikongsikan di sini cara bagi menghilangkan atau mengurangkan kesan hitam di bawah ketiak secara semulajadi:
1.  Campurakan jus lemon dengan gula sehingga gula hancur. Sapukan di bawah ketiak. Biarkan selama 15 minit, kemudian barulah di basuh. Buat selama 2 minggu dan lihat kesannya.
2. Sapu jus ubi kentang di kawasan ketiak yang hitam kerana ubi kentang diketahui mempunyai ciri-ciri peluntur semulajadi.
3. Campurkan jus lemon dengan air mawar. Sapu dan urut di bawah ketiak dengan rata sebelum tidur. Biarkan semalaman, cuci ketiak keesokan harinya. Kesannya boleh dilihat selepas beberapa hari.
4. Buat pes serbuk penaik (baking powder) dengan air yang sama banyaknya. Sapu pes ini di bawah ketiak yang hitam selepas mandi dan biarkan sehingga kering.
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...