Tiga kebaikan hubungan seks untuk hubungan suami isteri
Hubungan seks yang baik memainkan peranan yang penting dalam hubungan suami isteri. Antara kebakiannya adalah:
Kebaikan pertama : Anda berdua akan lebih percaya antara satu sama lain
Kepuasan yang terhasil ketika melakukan hubungan seks membuatkan anda akan percaya pada pasangan anda dan pasangan anda juga akan percaya pada anda. Kepuasan yang anda beri pada pasangan sudah pasti akan menyebabkan rasa gembira dan disayangi. Situasi ini akan menyebabkan anda lebih percaya pada pasangan anda dan dia juga akan mempercayai anda. Kepercayaan merupakan salah satu tiang dalam kebahagiaan suami isteri.
Kebaikan kedua : Anda dan pasangan anda akan lebih selesa untuk berkomunikasi
Hubungan seks yang kerap akan merobohkan tembok yang menghalang anda berdua dari berkomunikasi dengan elok. Anda berdua juga akan lebih rapat dan sentiasa ingin berkomunikasi antara satu sama lain. Malah, anda berdua juga tidak malu untuk berkongsi rahsia. Ini kerana semua ego sudah hilang apabila melakukan hubungan seks. Pada ketika ini, anda akan lebih menyayangi pasangan anda kerana jarak yang dekat dalam hubungan terjadi pada waktu ini.
Kebaikan ketiga : Anda berdua akan lebih saling memahami
Apabila melakukan hubungan seks, anda berdua bekerjasama untuk memberikan nafkah batin masing – masing. Dengan kerjasama yang terjalin secara kerap melalui hubungan seks, anda berdua tidak lokek untuk bekerjasama di dunia luar juga. Malah, memupuk jiwa menerima kelemahan pasangan anda dan akan cuba mengisi ruang kelemahan pasangan dengan kekuatan. Pada situasi ini juga, diri akan mudah sedar dan kembali mengingati pasangan anda. Secara tidak langsung akan mengubati rohani dan kepercayaan terhadap hidup dengan dia.
Mengikut kajian, memang hubungan suami isteri akan lebih rapat jika pasangan tersebut kerap melakukan hubungan seks dan setiap hubungan seks berjaya mengembalikan seri rumahtangga dan semangat kedua – dua suami dan isteri. Dengan itu, anda tidak seharusnya menganggap dengan melakukan seks hanyalah berdasarkan kepuasan nafsu batin sahaja, tetapi ia juga merupakan pengubat kepada hubungan sebagai suami dan isteri.
Sumber
No comments:
Post a Comment