Wednesday, October 30, 2013

Melaksanakan konsep inovasi dalam proses transformasi

Dalam membuat keputusan, ketelitian sangat perlu demi mengelakkan kegagalan sesebuah organisasi untuk mencapai matlamatnya. Kegagalan ini seringkali berlaku kerana tumpuan keterlaluan organisasi ini menggunakan teknik dan sistem pengurusan dalam membuat keputusan. Sesuatu rancangan yang baik hanya tinggal rancangan jika tidak dilaksanakan. Sesuatu sistem, kaedah, pendekatan atau cara baru termasuk sesuatu produk atau servis yang baru tidak akan berjaya tanpa pengatahuan, pemikiran, perancangan dan tindakan yang strategik. Oleh itu, untuk tujuan tersebut kita mesti benar2 bersedia. Sepatutnya tidak timbul lagi soal kurang tahu atau tidak memahami. Sebab sikap inilah yang sering membantutkan proses transformasi inovasi dalam sesebuah organisasi.
Bagaimana melaksanakan konsep inovasi dalam proses transformasi? Bagi melaksanakan konsep inovasi dalam proses transformasi ini memerlukan empat elemen atau bahagian penting iaitu pendidikan, penyelidikan dan pembangunan serta insentif dan pemasaran sebelum faktor luaran lain. Antara langkah2 yang boleh di lakukan bagi mewujudkan kreativiti dan inovasi dalam pengurusan organisasi adalah seperti:
  • Mewujudkan nilai kreativiti pekerja. Pengurus boleh mempengaruhi daya kreativiti sejak pemilihan pekerja.
  • Mewujudkan suasana kerja yang dapat melahirkan sifat kreatif dalam organisasi, contohnya hubungan rapat.
  • Menyediakan pelbagai intensif ke arah mewujudkan pekerja kreatif.
  • Mengamalkan sistem pengurusan yang lebih terbuka kerana peraturan yang keras menghalang kreativiti.
  • Mengadakan alat2 pengurusan yang bersesuaian termasuklah budaya korporat yang diamalkan, amalan penggunaan tenaga dan gaya kepimpinan.
  • Mewujudkan persekitaran yang baik seperti modal, pekerja, maklumat teknologi dan kemahiran.
  • Pekerja berisiko tinggi perlu diberi perhatian lebih dan pekerja digalakkan tidak berasa bimbang apabila melakukan kesilapan.
  • Menetapkan dan memperkemaskan dasar peraturan tentang rekacipta.
  • Menentukan objektif jangka panjang terutamanya bidang yang boleh dikembangkan.
  • Mewujudkan struktur organisasi yang mempunyai ciri2 menggalakkan kreativiti.
  • Memastikan pekerja mempunyai keseimbangan dari segi kepakaran, kelayakan dan pengalaman.
  • Menyediakan belanjawan yang secukupnya bagi pembangunan produk dan perkhidmatan.
Persekitaran perniagaan pada masa kini adalah dinamik dan para usahawan terpaksa berhadapan dengan perubahan teknologi yan gbegitu pantas. Adalah perlu menghadapi cabaran2 ini untuk menangani ekonomi moden. Globalisasi, Kemajuan internet, dan era maklumat turut memberi cabaran di dalam persaingan pemasaran pesat.
Persaingan yang ada membuatkan para usahawan atau kita sendiri yang mungkin berminat untuk menjadi seorang usahawan atau membina empayar perniagaan sendiri perlu mempunyai kreativiti dan inovasi bagi menyesuaikan diri dengan pantas kepada tranformasi pasaran khasnya dalam bidang perniagaan yang sedang atau akan dijalankan. Sehubungan dengan itu tidak ada istilah terlambat dalam usaha untuk memulakan tranformasi dari segi inovasi dan kreativiti kerana paling penting adalah menanam budaya inovasi tersebut bermula dari hari ini.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...