Tuesday, October 22, 2013

TOP-UP RM5 DENGAN MENJAWAB SOALAN KAJIAN RASIONALISASI SUBSIDI PETROL DAN DIESEL

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, sedang menjalankan Kajian Pendapat Awam Isu Semasa – Reaksi Belia terhadap Rasionalisasi Subsidi Petrol dan Diesel Kerajaan. Objektif kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui pendapat dan pandangan generasi belia berkaitan dengan pemahaman dan penerimaan golongan belia berhubung pengurangan subsidi kerajaan ini. Kajian ini khas ingin meninjau pandangan golongan belia yang berumur di antara 15 tahun hingga 40 tahun.
Kajian ini menjangkakan untuk mendapat penyertaan 5,000 orang responden. Sebagai ganjaran, 5000 orang responden pertama kajian akan diberikan sagu hati dalam bentuk top-up bernilai RM5.00. Anda boleh menjemput kawan-kawan anda untuk menyertai kajian secara online ini.
Sila klik pada url ini untuk menyertai kajian: Kajian Subsidi Kerajaan

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...