Sunday, November 24, 2013

Ini adalah keju yg dicipta dari bakteria kaki dan ketiak manusia


Saintis cipta keju dari bakteria kaki dan ketiak manusia

November 23, 2013

 

Cheese made from food writer Michael Pollan's belly button bacteria

Keju memang tercipta kerana prosesnya menggunakan bakteria. 
Namun apa jadinya jika yang digunakan adalah bakteria yang berasal dari tubuh manusia ?

Itulah yang dilakukan oleh saintis Christina Agapakis dan ahli aroma Sissel Tolaas. Mereka membuat keju dari bakteria yang berasal dari lubang hidung , kaki , mulut , ketiak , pusat dan air mata. 

Mereka mengumpulkan sampelnya dari kulit artis , saintis , ahli antropologi dan pembuat keju .

Keju menjijikkan itu dibuat untuk projek " Selfmade " yang dipamerkan di pameran biologi sintetik di Dublin . Melakui karya itu , mereka ingin menunjukkan bakteria dalam tubuh yang diwakili dengan keju . 

Christina mengatakan bahawa aroma keju tersebut akan sama dengan bau tubuh si penderma bakteria .

Projek " Selfmade " itu menunjukkan kecilnya perbezaan antara bakteria dalam tubuh manusia , yang sering dibersihkan , dengan di dalam keju yang kerap kita makan . " Dengan membuat keju langsung menggunakan bakteria dari tubuh , kami ingin menunjukkan hubungan bakteria sekaligus mempersoalkan potensi untuk membangunkan dalam kehidupan , " ucap Christina.

Michael's bellybutton cheese

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...