Friday, November 29, 2013

Panduan Ringkas Loan Rumah Penjawat Awam

PINJAMAN KERAJAAN VS PINJAMAN BANK

Pernahkah anda tertanya antara pinjaman perumahan kerajaan dengan pinjaman bank yang MANA PILIHAN TERBAIK?

Daripada pengetahuan saya sendiri, kadar faedah pinjaman perumahan kerajaan adalah tetap 4% dan bank dengan kadar faedah antara 4%-7% bergantung kepada jumlah pinjaman. Kadar faedah bagi pinjaman perumahan setiap bank adalah tidak sama.

Sememangnya kami akui bahawa membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan itu lebih mudah berbanding pinjaman perumahan dengan Institusi Kewangan lain. Dengan memilih membuat pinjaman bersama kerajaan ia merupakan jalan yang bijak dan tiada cacat celanya. Istilah menarik untuk pinjaman perumahan adalah sangat subjektif dan secara keseluruhannya bergantung kepada objektif dan kemampuan bakal pembeli hartanah terbabit. Sebenarnya, tiada satu pun pakej pinjaman perumahan yang boleh memenuhi semua kehendak pelabur. Setiap pakej mempunyai keistimewaan dan kekurangan masing-masing (plus & minus point) bergantung kepada objektif bakal pelabur.

Eleman-eleman utama yang perlu diutamakan dalam memilih pakej pinjaman perumahan ialah :

Kadar Faedah..



Jika saudara adalah kakitangan kerajaan, adalah amat berbaloi

menggunakan kemudahan pinjaman kerajaan. Ini kerana faedah pinjaman berkadar tetap pada kadar 4% amatlah baik dan tidak ditawarkan oleh mana-mana institusi kewangan yang lain.

Pada masa yang sama kaedah pengiraan faedahnya pula berdasarkan ‘baki pinjaman tertunggak pada kadar baki yang berkurangan’ dan ini amatlah menguntungkan kakitangan kerajaan yang menggunakan kemudahan ini. Sekiranya berpeluang menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan, dapatkannya kerana ianya amat berbaloi…





Jika ingin memilih pinjaman perumahan dari institusi kewangan, pastikan ianya menggunakan kadar harian atau ‘daily rest’ yang mana pengiraan faedahnya dikira ke atas ”reducing balance”. Biasanya kadar faedahnya dikira berdasarkan BLR semasa yang pasti turun dan naik mengikut ekonomi semasa yang pastinya kadar faedahnya lebih tinggi berbanding pinjaman perumahan kerajaan yang dikenakan pada kadar tetap 4% sepanjang tempoh pinjaman.

Kadar BLR untuk setiap bank patut disemak terlebih dahulu dan seterusnya menilai pakej pinjaman yang ditawarkan. Semakin rendah kadar faedah, maka jumlah faedah yang perlu dibayar sepanjang tempoh pinjaman akan menjadi lebih sedikit.

Bagi pakej pinjaman Islamik, kadar faedah akan ditetapkan pada 10% maksimum walaupun BLR bank terbabit meningkat sehingga 13%. Kebanyakan bank-bank utama seperti CIMB dan Public Bank menawarkan pakej Islamik seperti ini.



Pelan Perlindungan Etiqa Takaful

takaful-gadai-janji-21-630x450_副本

Untuk Pinjaman bersama Institusi Kewangan lain (BANK) tidak akan menerima mana-mana peminjam yang berusia atau pun sudah tua. Pinjaman bersama Institusi Kewangan lain akan menolak pinjaman jika pembeli menghadapi penyakit kritikal seperti Strok, Kanser dll. Tetapi…

Kalau kita lihat perbezaan dari segi Pinjaman Kerajaan amatlah berbeza kerana kerajaan akan memberi perlindungan kepada peminjam, sebagai contoh untuk kes bunuh diri dan gila. Kerajaan juga akan melindungi pasangan jika berlakunya kematian pada pihak pasangan atau anak.

pinjaman kerajaan

(Free underwriting bermaksud untuk penyakit kritikal akan terus diberi perlindungan tanpa perlu membuat pemeriksaan kesihatan secara terperinci)

(CTOS- Credit Tip Off Service, agensi yang mengumpul maklumat jika terdapat bankrupsi dan saman terhadap individu atau syarikat dan maklumat tersebut akan didaftarkan ke dalam pangkalan elektronik mereka)

(CCRIS-Central Credit Reference Information System, sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan maklumat yang telah dilaporkan oleh setiap institusi kewangan)

Kebanyakan bank mengenakan kadar faedah berdasarkan BLR (Base Landing Rate) atau BFR (Base Financing Rate). Sekiranya kadar BLR atau BFR ini naik, bank akan memanjangkan tempoh pinjaman atau meminta peminjam untuk menambahkan amaun bayaran bulanan. Berikut adalah Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate) terkini yang ditawarkan oleh institusi perbankkan di Malaysia yang telah dikemaskini oleh Banking Info pada 17/11/2011 untuk dijadikan rujukan.

Base Lending Rate (BLR & BFR)

No. Banking Institution 
With Effect From

BLR (% p.a.)

1 Affin Bank Berhad 
12/05/2011

6.60

2 Alliance Bank Malaysia Berhad 
13/05/2011

6.60

3 Alliance Islamic Bank Berhad 
15/08/2011

6.60

4 AmBank (M) Berhad 
13/05/2011

6.60

5 Bangkok Bank Berhad 
13/05/2011

6.60

6 Bank of America Malaysia Berhad 
13/07/2010

6.30

7 Bank of China (Malaysia) Berhad 
21/11/2011

6.60

8 Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad 
11/05/2011

6.25

9 CIMB Bank Berhad 
11/05/2011

6.60

10 Citibank Berhad 
16/05/2011

6.60

11 Deutsche Bank (Malaysia) Berhad 
13/05/2011

6.50

12 EON Bank Berhad 
13/05/2011

6.60

13 Hong Leong Bank Berhad 
13/05/2011

6.60

14 HSBC Bank Malaysia Berhad 
12/05/2011

6.60

15 J.P. Morgan Chase Bank Berhad 
15/07/2010

6.20

16 Malayan Banking Berhad 
11/05/2011

6.60

17 OCBC Bank (Malaysia) Berhad 
12/05/2011

6.60

18 Public Bank Berhad 
11/05/2011

6.60

19 RHB Bank Berhad 
11/05/2011

6.60

20 Standard Chartered Bank Malaysia Berhad 
13/05/2011

6.60

21 Sumitomo Mitsui Banking Corporation 
13/05/2011

6.55

22 The Bank of Nova Scotia Berhad 
16/05/2011

6.60

23 The Royal Bank of Scotland Berhad 
12/05/2011

6.25

24 United Overseas Bank (Malaysia) Berhad

6.60

Sumber :



No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...