Thursday, November 7, 2013

SOAL SELIDIK PEMILIHAN PIHAK BERKUASA MELANTIK (PBM) DAN KETUA PERKHIDMATAN BAGI ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Tuan / Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa, berikutan penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian ini sedang meneliti opsyen terbaik bagi penetapan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dan Ketua Perkhidmatan bagi pegawai Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di bawah Sektor Pelajaran yang dari skim berikut:

i. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi);
ii. Pembantu Tadbir (Kewangan);
iii. Pegawai Khidmat Pelanggan;
iv. Pegawai Tadbir Rendah (secara Khas Untuk Penyandang);
v. Pembantu Makmal;
vi. Penyelia Asrama; dan
vii. Pembantu Pengurusan Murid

Sehubungan dengan itu, Kementerian ini sedang menjalankan soal selidik yang bertujuan mendapatkan pandangan awal pegawai AKP yang terlibat dalam membantu Kementerian membuat pertimbangan penetapan yang terbaik dengan agensi pusat dan PBM yang terlibat.


Sila klik pada link di bawah bagi pautan SOAL SELIDIK.


No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...