Sunday, March 2, 2014

Proses Pereputan Jenazah


Setiap daripada kita di dunia ini pasti akan merasai mati dan akan berpeluang merasai kesakitan melalui sakaratulmaut. Ada di antara kita takut untuk memikirkan perihal kematian namun ada yang sering memikirkannya kerana berasa takut akan pembalasan di alam barzakh kelak.

Kematian adalah akhir dari sebuah kehidupan, ketiadaan nyawa dalam organisma biologi. Semua makhluk hidup pada akhirnya akan mati samada disebabkan oleh mengalami penyakit atau kerana menempuh sesuatu kecelakaan seperti kebakaran, lemas dan sebagainya. Setelah kematian, tubuh makhluk hidup akan mengalami pembusukan secara berperingkat.

Berikut beberapa fakta unik mengenai kematian:

Sebelum meninggal dunia, pendengaran merupakan pancaindera terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Tahukah anda bahawa pancaindera pertama yang akan ‘pergi’ ialah penglihatan kemudian diikuti oleh rasa, bau dan sentuhan.

Kepala manusia dikatakan masih dalam keadaan sedar selama 15 hingga 20 saat setelah dipenggal!.

Mayat pada hari ini lebih lambat membusuk dibandingkan dulu kerana banyak terdapat bahan pengawet di dalam makanan yang kita makan. Satu lagi fakta, mayat membusuk empat kali lebih cepat di dalam air jika dibandingkan yang di kubur di dalam tanah.

Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa perubahan. Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya.



Malam Pertama

Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam sering diambil berat dan menjaganya semasa hidup di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.


Hanya kain putih peneman kita di dalam kubur yang sepi

Malam Kedua
Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru dan lambung akan mula membusuk.

Hari Ketiga
Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk dan proses mereput akan bermula.

Setelah Seminggu
Wajah dan mata mula membengkak.

Setelah 10 hari
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota-anggota tubuh.

Setelah 2 Minggu
Rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 kilometer dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.

Ngeri…mayat ini sedang melalui proses pereputan


Setelah 6 Bulan
Semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang rangka sahaja.

Setelah 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah SWT pada hari kiamat kelak.


Begitulah pengakhiran tubuh yang kita jaga dan dibelai selama hayat di dunia. Oleh kerana itu, marilah kita bersama-sama berazam agar tidak membiarkan umur dan jasad kita dalam keadaan sia-sia kerana janji Allah adalah benar.

Akhir sekali, ini adalah maksud dari Surah Ali Imran (ayat 185) :

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”.

Renungkanlah sejenak…

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...